Orang Asli Gombak terima sumbangan menjelang Syawal

Orang Asli Gombak terima sumbangan menjelang Syawal

Meskipun mereka tiada pertalian kekeluargaan, kita perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara sesama muslim dengan memberi bantuan kepada golongan memerlukan, kata ADUN Gombak Setia Hasan Ali.

Dalam menyambut ketibaan syawal yang semakin hampir tiba, golongan fakir miskin, anak yatim piatu dan ibu tunggal Orang Asli Batu 12 Gombak menerima sumbangan dan kelengkapan menjelang hari raya Aidilfitri.

Sumbangan disalurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wirda Gombak dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Gombak Setia.

Berucap di dalam program berbuka puasa malam semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hasan Ali berkata tujuan majlis tersebut diadakan bagi memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Tambahnya lagi, dalam masyarakat sibuk membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri, jangan sekali dilupakan kepada golongan yang tidak berupaya dan mereka yang memerlukan.

“Meskipun mereka tiada pertalian kekeluargaan, tetapi jalankan tanggungjawab kita sebagai saudara sesama muslim dengan memberi bantuan kepada golongan tersebut.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

”Dengan memberi bantuan kewangan dan apa sahaja bentuk bantuan saya yakin mereka akan menerima dengan hati yang gembira dan terharu kerana mereka merasakan ada insan yang mengambil berat dan prihatin terhadap kesusahan mereka alami,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada orang Asli di Surau Al-Hidayah Batu 12, Gombak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri berkata, dengan menolong golongan memerlukan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat.

Selain daripada itu, Hassan turut mengingatkan kepada ibu bapa menggalakkan anak-anak mengunjungi surau dan masjid pada waktu cuti sekolah.

Jelasnya, kanak-kanak wajar diberi pendedahan untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan mengikuti berbagai program yang telah disusunkan oleh pihak pengurusan sempena Nuzul Al-Quran.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

“Anak-anak harus diberi didikan sempurna dilihat bukan sahaja hanya bulan ramadan tetapi harus dikekalkan sampai bila-bila sahaja,” ujarnya.

Artikel oleh Khaulah Azhar