Stadium hoki PJ dinaiktaraf kompleks sukan serbaguna?

IMAG0238

Perbincangan cadangan status stadium hoki Petaling Jaya dikekalkan atau dinaiktaraf bertukar menjadi `panas` pada mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Ia berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee mempertikaikan keputusan kelulusan menjadikan stadium hoki sedia ada kepada kompleks sukan serbaguna.

IMAG0228

Beliau menolak cadangan dikemukakan sebaliknya menunjukkan memorandum tandatangan 60 orang penduduk seksyen 3 mahu stadium hoki dikekalkan.

Ahli Majlis MBPJ, Kamaruddin Suhaimi bagaimanapun, memberitahu kertas kerja itu masih di peringkat perbincangan jawatankuasa.

Menurutnya, Kita (ahli majlis) masih mempunyai banyak masa untuk membincangkan perkara itu.

“Berdasarkan perbincangan antara ahli majlis, Latheefa Koya, Tang Fuie Koh dan penduduk baru-baru ini menerima dua cadangan mengenai stadium hoki itu sama ada mahu dikekalkan atau ditukarkan kepada kompleks sukan serbaguna,” ujarnya.

IMAG0229

Dalam mesyuarat itu, Lee mempersoalkan hanya ada lima dan enam orang yang menghadiri mesyuarat itu sedangkan beliau mempunyai 60 tandatangan mahu stadium hoki dikekalkan.

56bda92c5e0a75e0574a5dc61876bec9

Latheefa mempertahankan keputusan diperolehi daripada mesyuarat lalu dengan mengambil kira pandangan penduduk.

Beliau mendakwa tidak menerima sebarang memorandum tandatangan daripada penduduk sebelum ini.

Lee yang berang dengan maklum balas diberikan Latheefa bingkas mempersoalkan kenyataan tersebut.

“Sebelum ini  saya pernah mengadakan mesyuarat bersama dengan penduduk tetapi di manakah anda pada waktu itu,” tegasnya merujuk kepada Latheefa tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

IMAG0219

Sementara itu, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Roslan Sakiman yang mempengerusikan mesyuarat itu memberitahu isu tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat akan datang.

Mengulas lanjut ahli majlis MBPJ, Tiew Way Keng mencadangkan setiap mesyuarat yang akan diadakan kelak perlu diberitahu awal dan menghantar notis kepada ADUN Bukit Gasing itu.

Manakala, ahli majlis NGO, Cynthia Gabriel pula memberi cadangan memandangkan stadium hoki itu merupakan kemudahan penduduk, perbincangan itu tidak wajar melibatkan sebahagian ahli majlis dan persatuan penduduk tertentu sahaja.

“Semua pihak harus terlibat sama bagi menentukan keputusan,” ujarnya lagi.

Dalam sidang media, Lee mendedahkan terdapat sejumlah peruntukan bajet disediakan bagi menyelenggara kemudahan  stadium hoki  itu.

Menurutnya, tiada sebab untuk majlis daerah itu menukarkan kepada kompleks sukan serbaguna.

“Ada stadium hoki di di beberapa tempat seperti Bukit Jalil, Bandar Tun Razak dan Jalan Duta tetapi tiada di daerah ini,” katanya.

IMAG0232

Malah, Lee menyifatkan cadangan merobohkan stadium hoki sedia ada dengan membina kompleks sukan serba guna (indoor) tidak masuk akal kerana ianya akan memakan kos perbelanjaan besar.

Tambahnya, harga pembinaan akan meningkat dan diluar kemampuan MBPJ sekiranya mereka mahu kerja dijalankan secara persendirian.

“Sewajarnya majlis daerah menumpukan kerja membaik pulih kemudahan sukan sudah usang dan sedia ada di kawasan ini,” jelasnya.

Dalam sidang media berasingan, Latheefa berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk daripada seksyen 1,2,3,4 dan 18 baru baru ini.

Menurutnya, kebanyakan mereka mahu kompleks sukan serbaguna dibina bagi menggantikan stadium hoki untuk memudahkan mereka menggunakan kemudahan seharian.

IMAG0234

“Peruntukan sebanyak RM2juta hanyalah untuk kerja-kerja penyelenggaran semula stadium hoki ini.

“Memandangkan permainan hoki merupakan sukan peringkat kebangsaan peruntukan itu sewajarnya datang daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” ujarnya lagi.

IMAG0245

Sementara itu, tinjauan Komunitikini ke stadium hoki Petaling Jaya, semalam mendapati kemudahan infrastruktur seperti padang dan bangunan itu tidak diselenggarakan dengan sepenuhnya.

IMAG0233

Permukaan padang hoki rosak dan keadaan stadium yang kusam itu perlu dibaikpulih.