Keenakan bubur lambuk RT Seksyen 3

Keenakan bubur lambuk RT Seksyen 3

Setiap kali Ramadan, pelbagai pihak menyediakan juadah bubur lambuk dengan resepi dan keistimewaanya yang tersendiri.

Setiap kali Ramadan, pelbagai pihak menyediakan juadah bubur lambuk dengan resepi dan keistimewaanya yang tersendiri.

Begitu juga bubur lambuk Rukun Tetangga (RT) Seksyen 3, di sini yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk berbilang kaum kerana keenakan rasanya.

Pengerusinya, Shamsuddin Hassan berkata, kali ini pihaknya memperuntukkan RM1,000 untuk membiayai kos membuat bubur lambuk yang diberikan secara percuma kepada penduduk.

Menurutnya, Ramadan kali ini pihaknya menyediakan bubur lambuk dalam dua periuk besar dengan menggunakan empat gantang beras.

“Menerusi dua periuk itu, kami yakin bubur lambuk istimewa itu dapat dinikmati oleh kira-kira 1,000 umat Islam di sini,” katanya kepada Komunitikini yang meninjau aktiviti bergotong-royong menyediakan bubur berkenaan di pekarangan kabin baru-baru ini.

See also  KLEFF 2024 returns with focus on water sustainability

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee.

Shamsuddin berkata, bagi memastikan bubur lambuk berkenaan dapat disiapkan sebelum menjelang waktu berbuka puasa, pihaknya memulakan kerja-kerja memasak mulai 9 pagi dan ia mesti siap dimasukkan ke dalam bekas sebelum solat Asar.

“Bagi memastikan kerja-kerja membuat bubur lambuk itu lancar, seluruh ahli jawatankuasa RT Seksyen 3 bekerjasama menyediakannya.

“Lazimnya, selepas solat Asar kita agihkan bubur itu dari rumah ke rumah dan ada juga yang berbaris panjang untuk mendapatkannya,” ujarnya lagi.