Berkat bantuan kenalan laman sosial, kanak-kanak mangsa culik ditemui

Berkat bantuan kenalan laman sosial, kanak-kanak mangsa culik ditemui

Dengan bantuan daripada rakan kenalan dalam laman sosial, kanak-kanak perempuan dipercayai hilang sejak lima hari yang lalu berjaya ditemui semula.

Dengan bantuan daripada rakan kenalan dalam laman sosial,  kanak-kanak perempuan dipercayai hilang sejak lima hari yang lalu berjaya ditemui semula.

Kakitangan Swasta, Daniel Leyong,32, dari Johor Bahru berkata orang ramai menjumpai kanak-kanak malang itu malam Isnin lalu di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

Menurutnya kelibat kanak-kanak malang itu disedari orang ramai kebetulan merayau-rayau bersendirian di dalam premis bangunan tersebut.

“Atas tindakan susulan orang ramai, kanak-kanak dipercayai mangsa culik dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya dihubungi Komunitikini.

Mengulas lanjut, beliau menerima maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sabtu lalu, sekali gus menyebarkan maklumat di laman sosial.

“Saya tidak menjangkakan sama sekali rakyat di negara ini begitu prihatin apabila turut sama menyebarkan maklumat di ruangan siber untuk memudahkan usaha mencari kanak-kanak malang itu.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan pada seluruh anggota badan kanak-kanak ini manakala Polis masih menyiasat kes tersebut,” katanya.

” Sehingga petang tadi saya menerima 20 panggilan daripada individu yang tidak dikenali ingin memberikan bantuan,” ujarnya.

Jelasnya, alangkah baiknya sifat prihatin dan kerjasama dipupuk setiap sanubari rakyat – sudah pasti kes penculikan akan menurun.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dipercayai hilang pada 13 Ogos lalu.

Kanak-kanak itu, Wan Nur Fadhilah Anum Wan Budiman kali terakhir dilihat di Sekolah Agama Bersepadu (SCRAB) Johor Bahru kira-kira jam 5 petang.