Sambutan memperingati hari Al-Quds sedunia peringkat S`gor

Peristiwa berdarah Mavi Marmara ternyata memaksa Zionis dan Israel membayar harga yang mahal apabila menghadapi tentangan serta kritikan hebat dari seluruh masyarakat dunia daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama sehingga tercetusnya gelombang Intifadah ketiga.

Gelombang ini turut dirasakan di bumi Malaysia yang turut menghantar sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara.
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Aqsa Syarif, IKRAM Selangor dan NGO-NGO lain terpanggil untuk menganjurkan Sambutan Sempena Bulan Memperingati Al-Quds Sedunia 2010 (Peringkat Negeri Selangor) bermula dari tarikh 8 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010.

Semoga rakyat negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya bersama-sama menghayati dan turun ke medan bagi membantu rakyat di bumi Palestin.

Objektif

1. Memberi peluang kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khasnya bersama-sama menyumbang tenaga dan harta untuk membantu Palestin. Projek khusus untuk menaja 100 anak yatim dan 100 keluarga miskin Palestin.
2. Mengumpulkan dana RM1,000,000 sepanjang bulan carnival Ramadhan.
3. Memberi kesedaran dan kefahaman mengenai isu pencabulan kemanusiaan di Palestin dan isu terkini Mavi Marmara.

Jadual Aktiviti Program

Edaran Flyers & Boikot Israel di Satu Bazaar Ramadhan Setiap Daerah
Tarikh : 14 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Setiap Daerah di Selangor

Khutbah Jumaat Khas Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia
Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Tempat : Masjid seluruh negeri Selangor

Konvoi Kenderaan Menuju ke Masjid Negeri Shah Alam
Edaran Flyers & Boikot Israel di Satu Bazaar Ramadhan Setiap Daerah
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Setiap Daerah di Selangor

Berbuka Puasa/Solat Tarawikh/Solat Hajat Perdana
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00 petang – 9.30 malam
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam

Persembahan Nasyid/Pentomin Mavi Marmara/Pidato/
Penyerahan Sumbangan Korporat/Penyerahan Sumbangan Kutipan Jumaat oleh Sultan Selangor
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam – 11.30 malam
Tempat : Perkarangan Masjid Negeri Shah Alam

Berbuka Puasa/Solat Tarawikh/Solat Hajat Perdana
Ramadhan Di Ambang Merdeka
Tarikh : 31 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00 petang – 12.30 pagi
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam