Semua rukun tetangga disaran tubuh SRS

IMAGE_101

Semua Rukun Tetangga perlu menjadikan negeri Selangor sebagai contoh kerana  berjaya meningkatkan bilangan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan kejayaan  yang ketara dan memberangsangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, kejayaan itu dapat dicapai daripada hanya 116 pada tahun 2007 kepada 234 SRS tahun ini.

IMAGE_092

Bagi merealisasikan hasrat itu, menurutnya, semua Rukun Tetangga di seluruh negara disaran menubuhkan SRS sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani jenayah di peringkat akar umbi

Tambahnya lagi, SRS juga merupakan salah satu daripada institusi akar umbi yang penting selain polis, Rela dan pasukan keselamatan lain, dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan perumahan.

IMAGE_104

“Saya ingin merayu kepada semua Rukun Tetangga sedia ada untuk menubuhkan SRS secepat mungkin dengan menghubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional dan polis,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan SRS Taman Gasing Indah sempena lawatan kerja ke kawasan Rukun Tetangga Taman Gasing Indah, baru baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Bukit Gasing Indah, Lfred Chuah dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad.

IMAGE_107

Di majlis itu, beliau turut melancarkan kempen kibar jalur gemilang sempena kemerdekaan ke-53.

Koh berkata dengan penyertaan yang berkesan dan bersepadu daripada para penduduk beliau yakin kejadian jenayah di peringkat akar umbi dapat ditangani secara lebih berkesan.