Wakil penduduk serah memo bantahan pembinaan Bukit Gasing

bukit gasing development controversy 230506 gasing indah

Jawatankuasa bertindak bersama Bukit Gasing dan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyerahkan memorandum bantahan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Bantahan itu dibuat ke atas permohonan kebenaran perancangan bagi 2 blok, 26 tingkat kondominium (408 unit), villa berkembar 21/2 tingkat (18 unit) dengan kemudahan meningkatkan kepadatan  perumahan daripada 20 orang/ekar kepada 332 orang/ekar bagi lot 51038-51061 Kampung Kerinci, Kuala Lumpur.

Memorandum itu mengandungi 921 tandatangan penduduk membantah cadangan pembangunan Bukit Gasing.

Memorandum diserahkan  kepada Pegawai Khas Dua kepada Datuk Bandar, Md Aznan Md Zain diwakili ahli jawatankuasa bertindak bersama Pantai Panorama, Dr. Teoh Keong Heat bersama ahli majlis MBPJ, Derek Fernandez.

Bagaimanapun, Datuk Bandar, Datuk Seri Mohamad Fuad Ismail dilihat meninggal perkarangan bangunan tersebut sejurus sebelum memorandum diserahkan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli majlis MBPJ.

Sementara itu, Dr. Teoh Keong Heat berkata, pihaknya mendapat tahu  notis DBKL  bertarikh 14  Julai lalu yang disiarkan di akhbar `The Sun` bertarikh 20 Julai lalu  mengenai cadangan pembangunan di kawasan tersebut.

Menurutnya, pembangunan di tapak cadangan bersebelahan dengan Jajaran Hijau Bukit  Gasing, Petaling Jaya  telah diwartakan sejak  1960.

“Jajaran Hijau Bukit Gasing merupakan tapak warisan berharga untuk generasi masa depan bagi penduduk Petaling Jaya selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan.

“Ia memandangkan cadangan pembangunan di tapak seperti yang dikemukakan oleh pihak pemaju akan menganggu alam flora dan fauna di kawasan tersebut,” katanya pada sidang media di perkarangan lobi DBKL.

IMAGE_127

Difahamkan, selepas dua tahun, akhirnya penduduk Bukit Gasing dibenarkan mencabar perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh Datuk Kuala Lumpur untuk meluluskan sebuah projek pembangunan di kawasan itu.