Jangan sisihkan PJ Old Town

Jangan sisihkan PJ Old Town

PBT perlu memikirkan bagaimana caranya untuk membangunkan kawasan penempatan yang telah lama terbiar daripada terus lenyap dek arus pemodenan kian pesat pada hari ini.

Penduduk Seksyen 1, 2 dan 3  Petaling Jaya menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak menganaktirikan kawasan PJ Old Town wujud sejak lima generasi daripada berkubur begitu sahaja tanpa sebarang projek pembangunan.

Sebaliknya, persatuan penduduk itu mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memikirkan bagaimana caranya untuk membangunkan kawasan penempatan yang telah lama terbiar daripada terus lenyap dek arus pemodenan kian pesat pada hari ini.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 15&16 MBPJ, Shamsuddin Hassan berkata sehingga kini, tiada sebarang kemudahan infrastruktur dibangunkan di kawasan mereka.

Menurutnya, dahulunya penduduk mempunyai dewan bagi memudahkan aktiviti kemasyarakatan dianjurkan tetapi dikomersial menjadi perpustakaan awam manakala padang pula menjadi stadium hoki.

“Sekarang kami sudah tiada lagi kemudahan awam untuk kegunaan generasi muda pada masa hadapan.Kebanyakan mereka lebih gemar melakukan aktiviti riadah di luar kawasan,” ujarnya.

See also  Zurich Malaysia expands climate resilience program

Menyentuh mengenai kesesakan jalan raya, Shamsuddin berkata, sebagai contoh, jalan Templer sudah bertahun-tahun mengalami kesesakan lalu lintas sebaliknya jalan Rothmans diberikan peruntukan berjuta untuk menaik taraf bulatan tersebut.

Pengerusi Wakil Penduduk Sekysen 1, Kok Kuang Yong berkata, di PJ Old Town tiada pembangunan, masih di tahap lama pekan kecil dengan lima buah bank, pasar dan pengusaha kedai makan yg saling bertukar ganti selain kedai makanan segera.

Jelasnya, jika tiada bank, PJ Old Town akan jadi lebih sunyi kerana penduduk faham dengan keadaan penempatan yang padat dgn perumahan lama di seksyen 1,2,3 dan 4.

“Sekarang ini penduduk-penduduk  PJ Old Town ada yang mengatakan kawasan penempatan mereka sudah menjadi pekan judi dengan bertambahnya pusat permainan kafe siber judi, pusat karaoke haram dgn pelayan GRO berbangsa Indonesia dan Cina,” katanya.

See also  TTDI Edible Community Garden: A thriving oasis of sustainability and community spirit

Tambahnya, kadar jenayah samun dilihat semakin meningkat terutamanya di deretan kedai di jalan Othman menyebabkan peniaga terpaksa menutup awal.

Menurutnya, walaupun pondok polis diletakkan berhampiran dan rondaan dilakukan kerap di deretan kedai tetapi ia dilihat kurang memberikan kesan bagi mengurangkan kadar jenayah.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menambah bilangan anggota kerana saya dapati hanya tiga atau empat anggota bertugas untuk melakukan pemantauan sedangkan penjenayah menunggu masa ketika mereka sedang berehat.

“Kami berharap sangat PBT dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan  keadaan menjadi lebih teruk lagi,” tegasnya.