Madrasah Hashimiah perlukan sumbangan di bulan ramadan

IMAGE_205

Tinggal hanya seminggu lagi sebelum ketibaan ramadan, Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin Rohingya dan Myanmar Muslim telah mengadakan majlis penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada anak-anak ini dalam bidang akademik dan tahfiz.

Lebih 400 tetamu termasuk kanak-kanak hadir di majlis penyampaian hadiah bermula jam 10 pagi dan selesai  1 tengah hari pada 1 Ogos lalu.

IMAGE_231

Apa yang menariknya, salah seorang penghuni Madrasah Hashimiah ini, Anuar yang hanya berumur 13 tahun telah berjaya mendapat gelaran Hafiz selepas tamat menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Kini pengajian di Madrasah Hashimiah sudah tamat dan anak-anak di sini diberi cuti selama seminggu sebelum memulakan pengajian yang baru yang akan bermula di bulan ramadan.

IMAGE_244

Sehubungan itu, kepada mereka yang ingin menaja anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa boleh menderma  menerusi Muslim Aid (03-22881996) atau terus ke Madrasah Hashimiah dan bertemu dengan Ustaz Hashim (019-2621671).

Sumbangan sebanyak RM200 dapat memberi makan kepada 100 komuniti pelarian termasuk anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Hashimiah di mana mereka akan dijamu bubur istimewa yang diperbuat daripada pelbagai jenis kacang dan daging.

Atau pilihan lain boleh sertai program Fast 2 Feed di mana penderma berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah berbuka puasa yang akan diadakan di dewan Al-Malik Faisal, UIA kampus PJ.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://networkedblogs.com/6pRmU