Lokasi penyebaran demam denggi dikenalpasti di PJ

Lokasi penyebaran demam denggi dikenalpasti di PJ

Berikut adalah statistik terkini beberapa kawasan di Petaling Jaya telah dikenalpasti penyebaran wabak demam denggi sehingga akhir Julai lalu.

Dalam usaha menangani demam denggi daripada merebak secara berleluasa,  pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya sedang dan akan meneruskan kempen kesedaran mencegah nyamuk aedes, gotong royong kebersihan kawasan khususnya di kawasan kediaman melalui semburan, pemeriksaan nyamuk aedes di premis-premis sekitar perumahan.

Sehubungan itu, semua masyarakat di Petaling Jaya diingatkan melaksanakan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran khususnya di kediaman dan premis masing-masing.

Beberapa kawasan di Petaling Jaya telah dikenalpasti penyebaran wabak demam denggi antaranya :-

1)Apartment Permai PJU 3 (Denggi 16, Denggi berdarah 5)

2)Taman Medan PJS1 (Denggi 15)

3)Flat Medan Cahaya (Denggi 15)

4)Flat Sri Manja PJS 3 ( Denggi 18)

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

5)Flat Desaria PJS 5 (Denggi 29, Denggi berdarah 4)

6)Flat Desa Mentari PJS 6 (Denggi 29, Denggi berdarah -2)

7) SS9A, Sungai Way (Denggi 42, Denggi berdarah 1)

8) Mentari Court PJS36 (Denggi 42, Denggi berdarah 30)

9)Sri Manja Court PJS 3 ( Denggi 17, Denggi berdarah 1)

10)Flat Impian Baiduri, Seksyen 52 (Denggi 15)