APAC-SEDAR :  bawa perubahan taraf hidup OKU, warga emas PJ

APAC-SEDAR : bawa perubahan taraf hidup OKU, warga emas PJ

Jawatankuasa APAC-SEDAR ditubuhkan dalam usaha memastikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas menikmati segala kemudahan serta kualiti hidup sama rata dengan penduduk yang lain.

Dalam usaha memastikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas menikmati segala kemudahan serta kualiti hidup sama rata dengan penduduk yang lain.

Gabungan Persatuan Penduduk Petaling Jaya (APAC) menubuhkan satu Jawatankuasa Kuasa Kecil Warga Emas dan Warga OKU (APAC-SEDAR) bertanggungjawab mengutarakan isu dan masalah yang dihadapi golongan kurang bernasib baik.

Pengerusi APAC-SEDAR, K Bathmavathi  berkata, peranan jawatankuasa ini juga untuk memenuhi  segala keperluan penduduk warga kurang upaya dan warga emas di seluruh Petaling Jaya secara khususnya.

Menurutnya, ia bagi memastikan golongan ini dapat  menikmati segala kemudahan serta  kualiti hidup selaras dengan kepesatan pembangunan dan taraf hidup penduduk Petaling Jaya.

“Justeru itu  kami sedia untuk bekerjasama dengan MBPJ sejajar dengan prinsip termaktub dalam Local Agenda 21 antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk selaku pihak berkepentingan.

”Berpegang kepada prinsip sejagat OKU berbunyi `Nothing about us without us’, kami  berhasrat untuk menyertai setiap perbincangan dan mesyuarat   diadakan  khususnya melibatkan pembangunan infrastruktur  OKU dan warga emas di Petaling Jaya ,” tegasnya.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ditemui Komunitikini selepas sesi mesyuarat penuh MBPJ, beliau turut menyerahkan beberapa keping dokumen cadangan penambahbaikan kemudahan infrastruktur OKU dan warga emas kepada Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman.

Difahamkan prinsip Local Agenda 21 melibatkan penyertaan pihak yang berkepentingan (penduduk) dari peringkat awal perancangan sehinggalah ke peringkat pemantauan sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Antara isi kandungan dokumen itu menyentuh isu dan masalah dihadapi OKU dan warga emas  Petaling Jaya memerlukan perhatian dan tindakan segera.

1) Beberapa penutup lurang sepanjang pejalan kaki di jalan SS2/24 dan jalan SS2/74 didapati tidak rata selepas kerja pembaikan dilaksanakan pihak MBPJ.

Ini menjadi halangan bagi OKU berkerusi roda, orang buta dan warga emas. Setiap hari sekitar 10 orang OKU berkerusi roda yang tinggal di sebuah pusat OKU berhampiran menggunakan laluan ini untuk urusan.

2) Sebahagian pejalan kaki di jalan SS2/24 dimusnahkan untuk membina tempat letak kereta premis perniagaan.

Premis perniagaan di kawasan perumahan menimbulkan masalah besar kepada  OKU, warga emas dan pejalan kaki yang dahulunya disediakan tetapi telahpun dimusnahkan sebahagian untuk membina tempat letak kereta premis perniagaan.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ini menyebabkan pengguna berkerusi roda menghadapi risiko kesukaran dan berbahaya untuk melintas melalui jalan raya yang sibuk.

3) Butang isyarat untuk menyeberang jalan didapati tidak berfungsi di persimpangan jalan SS2/24 dan jalan SS2/74.

Persimpangan ini sentiasa sibuk dengan lalulintas dan berbahaya kepada  OKU untuk melintas kerana tiada lampu isyarat di seberang jalan disediakan.

4) Penghalang di taman rekreasi Paramount mempunyai halangan yang menyebabkan warga OKU berkerusi roda langsung tidak dapat memasuki taman ini.

Walapun disediakan tandas khas bagi OKU berkerusi roda, namun tidak boleh diakses kerana terdapat longkang dikeliling bangunan tandas.

5) `Ramp’ di Digital Mall Seksyen 14, Petaling Jaya tidak dapat digunakan oleh golongan OKU kerana terdapat halangan benteng (di tepi jalan raya ) sebelum sampai ke `ramp’.

Tiada tempat letak kereta khas OKU berhampiran bangunan Digital Mall walaupun terdapat Digital Mall. Sewajarnya ditambah dua petak letak kereta khas untuk OKU.