Kemunculan pelbagai portal baik untuk generasi muda

Kemunculan pelbagai portal baik untuk generasi muda

Kemunculan pelbagai portal yang membicarakan tentang banyak isu dan tajuk dalam media baru adalah baik untuk generasi muda.

Kemunculan pelbagai portal yang membicarakan tentang banyak isu dan tajuk dalam media baru adalah baik untuk generasi muda, kata Setiausaha bahagian Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Omar Awang.

Beliau berkata ia akan membolehkan mereka menjadi satu generasi yang berilmu pengetahuan.

Menurutnya semua rakyat Malaysia seharusnya memberi tumpuan kepada media baru ini sebagai satu alat untuk menjayakan konsep pejabat tanpa kertas, kerana ia tidak mempunyai sebarang had untuk pencarian maklumat dan berita.

Dalam ucapannya semasa merasmikan satu program kerjasama antara pelajar-pelajar universiti dan Pusat Operasi Pertukaran Berita dan Bahan Penyiaran (SSIG) pada Khamis, Omar berkata, kemajuan dan kesan blog serta jurnal ini tidak terhad.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

“SSIG boleh bertindak sebagai satu satu landasan yang dapat membantu orang ramai berkongsi pendapat dan ilmu,” katanya.

SSIG yang ditubuhkan khusus bagi memupuk kepentingan terbaik negara-negara Selatan, merupakan sebuah pusat depositori dan pertukaran maklumat, berita dan bahan-bahan penyiaran mengikut perspektif negara-negara berkenaan. – Bernama