FRIM anjur seminar tumbuhan ubatan dan beraroma

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mengadakan Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-12 bermula 3 Ogos ini.

FRIM dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata lebih 120 peserta terdiri daripada penyelidik, pengamal perubatan moden, ahli akademik dan usahawan tempatan akan hadir pada seminar dua hari itu.

Antaranya ialah pakar sakit tuan Prof Emeritus Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang akan membentangkan kelebihan ‘Tongkat Ali’ dalam meningkatkan kesihatan lelaki, kata kenyataan itu.

Seminar bertema ‘Harnessing the tropical Herbal Heritage: Recent Advances in R&D and Commercialisation’ bertujuan meningkatkan lagi kesedaran serta peluang para penyelidik, akademik, pihak swasta, industri dan pembuat polisi untuk mengeratkan kerjasama bagi memastikan kemajuan dalam bidang penyelidikan dan industri herba.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Zunoliza Abdullah atau Salbiah Man di talian 03-6279 7339 / 03-6279 7348 atau e-mel [email protected] / [email protected], atau layari laman web FRIM di www.frim.gov.my