Ops siber: 17 unit komputer disita, lima individu diberkas

Ops siber: 17 unit komputer disita, lima individu diberkas

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama agensi kerajaan mengadakan operasi bersepadu membanteras pusat siber dan kafe siber beroperasi secara haram di Petaling Jaya baru baru ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama agensi kerajaan mengadakan operasi bersepadu membanteras pusat siber dan kafe siber beroperasi secara haram di Petaling Jaya baru baru ini.

Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata sebanyak 15 buah premis pusat siber dan kafe siber termasuk 2 buah pusat hiburan telah diperiksa di sekitar kawasan tersebut.

IMG_4368

Menurutnya, hasil serbuan juga mendapati pengusaha pusat siber dan pusat snooker mengaburi mata pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai perabot.

“Daripada pemeriksaan pihak berkuasa berjaya menyita sebanyak  17 unit komputer dan  menangkap lima individu terlibat dalam kegiatan haram,” katanya.

Operasi itu melibatkan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Turut serta di dalam operasi tersebut adalah exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan selangor, Ronnie Liu dan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan  Sakiman.

Mohd Fauzi berkata tindakan penguatkuasaan bersepadu akan terus dijalankan bagi mempertingkatkan keberkesanan operasi membanteras aktiviti pusat siber dan kafe siber tanpa lesen di kawasan Petaling Jaya.

“MBPJ giat melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap pusat siber dan kafe siber tanpa lesen di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MBPJ) 2007 di Petaling Jaya,” ujarnya.

Berikut adalah statistik serbuan dilakukan  oleh penguatkuasa MBPJ bermula  awal Januari hingga 12 Julai 2010:

Jumlah serbuan – 317 premis  ( 3808 – monitor, 3209 – CPU, 184 –  peti wang syiling )

Jumlah sitaan – 281

Jumlah kompaun – 50

Jumlah tangkapan –  45 orang