Individu berminat dipelawa sertai guru sandaran

Individu berminat dipelawa sertai guru sandaran

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama memaklumkan bahawa permohonan untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih telah dibuka sejak Isnin lalu.

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama memaklumkan bahawa permohonan untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih telah dibuka sejak Isnin lalu.

Individu yang berminat untuk menjadi seorang pendidik boleh mengambil borang dari PPD Petaling Utama.

Borang permohonan juga boleh dimuaturun dari laman portal  http://ppdputama.net/v2/2010/07/permohonan-guru-gstt-2010-julai/ mulai hari ini.

Pemohon yang mengisi borang dengan lengkap dan memenuhi kriteria akan di panggil untuk temuduga.

Pemohon juga boleh mendapatkan borang daripada sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal.

Pengambilan ini adalah untuk memenuhi keperluan guru di Sekolah-sekolah menengah sahaja.

Permohonan yang berjaya akan dilantik bertugas mulai 1 ogos 2010.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh diajukan kepada Shahbudin Seli atau Fatin Nadiah Md Ali melalui talian 03-7883 4555.

See also  APU lecturer Eekang Ooi earns top design certification