Pelaksanaan sistem parkir bertingkat disambut baik

Pelaksanaan sistem parkir bertingkat disambut baik

Tinjauan Komunitikini mendapati orang ramai menyambut baik cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan sistem parkir bertingkat.

Tinjauan Komunitikini mendapati orang ramai menyambut baik cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan sistem parkir bertingkat.

Salah seorang peniaga, Harun Salim, 35, berkata walaupun parkir bertingkat itu dalam tempoh percubaan selama tiga bulan namun ia menunjukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu benar-benar serius dalam memberikan  perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya.

DSC_0014

Katanya, selepas tamat tempoh percubaan MBPJ diharap dapat membeli sistem itu dan menggunapakai di beberapa lokasi yang mempunyai masalah kekurangan parkir.

“Saya menyambut baik cadangan MBPJ memperkenalkan tempat letak kereta bertingkat mekanikal bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di kawasan perkhidmatannya.

“Selepas ini, MBPJ diharap dapat membina banyak lagi struktur ini di beberapa lokasi yang mempunyai kekurangan parkir yang kritikal,” katanya kepada Komunitikini.

See also  Zurich Malaysia expands climate resilience program

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Suhaimi Shahabudin, 33, turut berkongsi pendapat sama.

Katanya, langkah yang diambil MBPJ merupakan satu tindakan yang bijak memandangkan perkhidmatan ini sudah lama dipraktikkan di negara luar terutamanya Jepun.

“Baguslah jika perkhidmatan ini dapat diperluaskan di kawasan perkhidmatan MBPJ kerana Petaling Jaya sudah berstatus bandar raya,” ujarnya.

P29-06-10_14.32[1]

Komunitikini difahamkan perkhidmatan sistem parkir bertingkat akan diadakan  secara percubaan selama tiga bulan bermula semalam hingga 30 September ini.

Sebagai permulaan MBPJ membina struktur itu setinggi tiga tingkat dan beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang dengan kadar bayaran RM1.50 sejam.

Matlamat projek ini ialah menambah bilangan parkir terutama di kawasan yang kekurangan tempat meletak kenderaan kerana struktur ini mekanikal ini boleh dibina sehingga enam tingkat.

See also  TTDI Edible Community Garden: A thriving oasis of sustainability and community spirit

Selain itu, struktur ini juga dapat mengelakkan kejadian pecah kereta kerana kenderaan  diletakan di bahagian atas.

Pengenalan sistem parkir bertingkat mekanikal ini merupakan usaha sama MBPJ dengan syarikat Vertics Corp Sdn Bhd.

Struktur tempat letak kereta mekanikal bertingkat itu juga merupakan yang pertama seumpamanya di kawasan lapang terbuka di negara ini.