Hasrat 50 tahun penduduk mahu bas awam tercapai

Hasrat 50 tahun penduduk mahu bas awam tercapai

Picture 098

Hasrat 50 tahun penduduk Kampung Sungai Pusu, Gombak menanti kemudahan pengangkutan awam memasuki kampung mereka kini tercapai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka apabila permintaan mendapatkan kemudahan awam membuahkan hasill setelah mengadakan sesi dialog bersama pihak berwajib.

Susulan itu, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan awam mengikut jadual  ditetapkan apabila bas Rapid KL bersetuju mahu beroperasi  melalui kawasan kampung itu, awal  Mac lalu.

Bagi Ketua Kampung Sungai Pusu, Yunus Ishak  berkata, dengan adanya kemudahan  bas ini sekali gus dapat mengatasi masalah pengangkutan awam yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, impian penduduk kampung ingin mendapatkan kemudahan bas awam ini akhirnya termakbul.

“Sebelum ini, kebanyakan penduduk dan pelajar  terpaksa berjalan kaki sebelum ini untuk pergi ke sekolah dan pekan.

See also  SAM challenges approval of Penang Hill cable car project

“Alhamdulilah, selepas sesi dialog diadakan bersama pihak berkuasa, masalah yang dihadapi selama ini telah pun selesai,” katanya.

bassekolah

Difahamkan, penduduk mengadakan sesi dialog  bersama beberapa  wakil daripada Pengarah Perancangan Bandar & Desa, Syarikat Bas Rapid, Pejabat Tanah, Pejabat  Daerah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membincangkan masalah pengangkutan bas awam Januari lalu.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Sungai Pusu, Asri memberitahu sejak perkhidmatan bas mula beroperasi masalah kehadiran guru dan pelajar semakin berkurangan.

p1080015

Menurutnya, apa yang menjadi harapan supaya bilangan bas ditambah bagi mengurangkan kesesakan khususnya pada waktu kemuncak  sesi pagi dan petang.

“Walau bagaimanapun, kami berpuas hati dengan adanya perkhidmatan bas  bagi memudahkan penduduk dan kanak-kanak menggunakan perkhidmatan ini setelah sekian lama menanti,” ujarnya.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia Datuk Hasan Ali semasa mengadakan lawatan ke kampung baru-baru ini mendapati bas berkenaan memasuki kampung itu.

p1080010

Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh penduduk sejak 50 tahun lalu selesai dengan pengoperasian pengangkutan bas awam di kampung mereka.

“Terima kasih kepada agensi swasta dan kerajaan  yang terlibat begitu komited dan memberikan kerjasama mengatasi masalah ini dengan sebaiknya dalam jangkamasa 2 bulan.

“Saya berharap kerjasama ini akan terus dilaksanakan daripada semasa ke semasa dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” ujarnya lagi.