Dialog bersama rakyat di Lembah Pantai

Dialog bersama rakyat di Lembah Pantai

Ahli Parlimen Nurul Izzah akan mengadakan sesi dialog bersama rakyat dan pengagihan kerusi roda untuk OKU hujung minggu ini.

Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan satu dialog bersama masyarakat di Lembah Pantai dan juga acara pengagihan kerusi roda percuma kepada mereka yang kurang upaya yang memerlukan kerusi roda. Antara yang dijemput untuk panel dialog tersebut ialah,

1)      Wakil dari Malaysian Aids Council

2)      Wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

3)      Wakil dari Alam Flora Sdn. Bhd

4)      Wakil dari Polis DiRaja Malaysia

Dialog tersebut adalah sebagai platform bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan bahaya aids dan pencegahan di kalangan masyarakat, pendedahan berkaitan khidmat pengurusan DBKL untuk aduan rakyat, penjagaan alam sekitar seperti pengutipan sampah dan cara pencegahan yang disyorkan oleh Alam Flora, dan juga berkaitan gejala sosial dan jenayah yang akan dibicarakan oleh wakil dari PDRM. Sementara itu juga, YB Nurul Izzah binti Anwar akan menyerahkan kerusi roda kepada beberapa orang kurang upaya di sekitar Lembah Pantai. Kami berharap, pihak media dapat menyertai kami dalam membincangkan pelbagai isu berkaitan di atas. Program tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh             : 11Julai 2010

Masa               : 5.00 pm – 7.00 pm

Tempat            : Pasar Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Untuk maklumat lanjut sila menghubungi Cik Rabiatul Adawiah 017-6535172.