Bajet 2010 fokus kemudahan infrastruktur penduduk

Bajet 2010 fokus kemudahan infrastruktur penduduk

Rata-rata ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyifatkan bajet 2010 memberi fokus utama kemudahan infrastruktur dan prasarana penduduk.

Rata-rata ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyifatkan bajet 2010 memberi fokus utama kemudahan infrastruktur dan prasarana penduduk.

Ketika ditemui Komunitikini, Ahli Majlis Zon 8, Terence Tan Teck Seng berkata, peruntukan bajet 2010 disalurkan menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur dikawasan SS2 secara berperingkat.

Menurutnya, sebagai contoh,baru-baru ini kami mengeluarkan tender terbuka bagi kerja penyelenggaran menampal jalan di pusat komersial mengikut prosedur ditetapkan.

Ditanya sama ada mempunyai masalah seperti kelewatan menerima peruntukan atau isu berkaitan, jelasnya tiada.

“Setakat ini saya tidak mempunyai masalah atau isu mengenai peruntukan yang disalurkan untuk kemudahan penduduk di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar berkata setiap ahli majlis menerima peruntukan RM100,000 bagi melaksanakan program serta menambahbaik kemudahan infrastruktur di setiap kawasan.

Mengenai wang peruntukan, katanya, dibahagikan kepada dua saluran di mana sebanyak RM80,000 untuk melaksanakan kerja kejuruteraan dan pembangunan manakala RM20,000 untuk kerja sosial dan kemasyarakatan.

“Namun, peruntukan yang diterima tidak mencukupi memandangkan Zon 24 merupakan kawasan yang paling padat dengan penduduk iaitu seramai 37,000 orang,” katanya yang memegang jawatan ahli majlis selama dua penggal.