Manusia tempang di bumi tuhan

Manusia tempang di bumi tuhan

Pekan Frinjan 13 hadir dengan tema ‘kemanusiaan dan ketuhanan’ akibat dari ketempangan manusia bersikap dan menyikapi hal-hal terjadi di sekeliling.

Tarikh: 3 Julai 2010, hari Sabtu
Masa: 5.00 petang sehingga 11 malam
Lokasi:bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat.

Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan.

Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme.

Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

See also  Malaysia-Cambodia direct flight signals strong bilateral ties

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas.

Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial .

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA dan dipangku Republik Anak Muda (RAM)