MBPJ akan papar status projek pembangunan di laman web

Capture

Status projek pembangunan akan dipaparkan di laman web Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi memudahkan penduduk mengetahui maklumat dengan lebih terperinci.

Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib berkata, menerusi laman web itu, membolehkan penduduk mencapai butiran data serta status terkini setiap projek pembangunan sedang dan akan dibangunkan secara telus.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan timbul salah faham orang ramai terhadap pihak berkuasa tempatan berhubung cadangan projek pembangunan di seksyen 52.

b

“MBPJ akan melaksanakannya dalam tempoh terdekat bagi memastikan penduduk mengetahui maklumat terkini projek pembangunan Petaling Jaya.

“Penduduk dibenarkan melantik panel bertanggunjawab sepenuhnya terhadap projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya pertikaian dan bantahan,” katanya dalam mesyuarat penuh bulanan MBPJ, Selasa lalu.

P29-06-10_11.07

Difahamkan, antara prosedur sebelum sesebuah projek pembangunan dilaksanakan, penduduk boleh mengemukakan bantahan secara bertulis dalam tempoh 21 hari selepas papan tanda didirikan di tapak tersebut.

Sekiranya tiada bantahan daripada penduduk, secara automatik projek pembangunan akan dilaksanakan mengikut terma dan syarat ditetapkan.

Kata putus sama ada projek pembangunan diluluskan atau tidak diperolehi semasa perbincangan mesyuarat One Stop Centre (OSC) dihadiri ahli parlimen, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan.

P28-06-10_12.07

Bagaimanapun, penduduk boleh menghadiri sesi perbincangan tertutup (public hearing) bagi menyuarakan pendapat dan bantahan di mesyuarat Local Agenda 21.

Dalam laporan Komunitikini baru-baru ini, isu projek pembangunan menjadi semakin hangat diperkatakan apabila penduduk membantah  cadangan projek pembangunan di Seksyen 52, Petaling Jaya.

P28-06-10_11.42

Seramai 30 wakil Gabungan Persatuan Penduduk Petaling Jaya (Apac) mengadakan demonstrasi aman di perkarangan lobi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi.

Demonstrasi itu diadakan selepas bantahan mereka mengenai projek pembangunan lapan blok bangunan setinggi 27 tingkat di Seksyen 52 ditolak ketika menghadiri mesyuarat tertutup dibawah Local Agenda 21 pada 18 Jun lalu.