Laluan persisiran Bagan Lalang dijadikan laluan sehala

Laluan persisiran Bagan Lalang dijadikan laluan sehala

Laluan di persisiran Pantai Bagan Lalang telah dijadikan jalan sehala bermula hari ini.

Bermula dari 1 Julai 2010, laluan di sepanjang Persisiran Pantai Bagan Lalang akan dijadikan laluan sehala bagi tujuan penambahbaikan aliran trafik untuk mengatasi masalah trafik yang tidak terkawal pada waktu –waktu puncak di pantai tersohor ini.

Laluan yang dimaksudkan bermula dari lencongan Pekan Sungai Pelek terakhir ke Pantai Bagan Lalang sehingga bulatan baru yang berdekatan dengan rumah penginapan Sepang Gold Coast.

Difahamkan bahawa hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui laluan tersebut.

Pengunjung Pantai Bagan Lalang digalakkan supaya menggunakan parkir di samping jalan serta tempat meletak kenderaan baru yang disiapkan di laluan pertembungan dua hala menuju ke Taman Sri Bayu.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap kenderaan yang tidak mematuhi arahan memakir  kenderaan di tempat yang telah disediakan.

Sumber – Majilis Perbandaran Sepang