MPS tekad hapuskan kafe siber tidak sah

MPS tekad hapuskan kafe siber tidak sah

Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tekad membasmi kafe siber yang tidak sah, dan mempunyai unsur perjudian.

3_thumb

Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tekad membasmi kafe siber yang tidak sah, dan mempunyai unsur perjudian.

Sehubungan itu kira-kira sebanyak 290 buah kafe siber telah disita dalam cawangan perbandaran Sepang.

Kenyataan ini dibuat semasa mesyuarat penuh MPS yang diadakan di bilik Semarak MPS semalam.

MPS akan bertindak tegas dengan mana-mana pihak yang cuba membuka kafe siber haram dengan menyita dan juga

Titus Gladwy SG Gomez, salah seorang ahli majlis MPS bertegas sekeras-kerasnya dalam operasi membanteras kafe siber yang dibuka secara haram ini.

Ujarnya  lagi, kafe siber ini banyak memberi pengaruh yang tidak baik terhadap masyarakat awam terutamanya kepada para remaja.

Titus berharap pihak majlis tidak memberi muka kepada pemilik kafe siber untuk berleluasa dan mengenakan kompaun yang tinggi terhadap pemilik.

Difahamkan, kompaun yang dikenakan oleh pihak majlis mengenakan maksimum sebanyak RM1,000.

Terdapat tuntutan daripada ahli majlis yang mengatakan jumlah kompaun yang dikenakan sangat sedikit dan tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan, ada cadangan yang mencadangkan denda yang setimpal sekurang-kurangnya sebanyak RM20,000.

Ada juga cadangan supaya kesalahan ini dibawa ke mahkamah seperti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ).

Kerjasama dari pihak polis juga sangat penting untuk sama-sama membanteras kegiatan haram ini kerana dikhuatiri asakan daripada tindakan samseng-samseng yang tidak dijangka yakni boleh membahayakan ahli majlis sendiri.

IMG_0024

Sementara itu, mesyuarat penuh MPS berjalan dengan lancar dengan membentangkan laporan maklum balas yang dibincangkan sebelum ini iaitu pada bulan Mei 2010.

Dimaklumkan jumlah belanjawan yang digunakan oleh MPS sehingga 30 Mei 2010 adalah sebanyak RM 27,891,984.

Berikut merupakan keterangan perbelanjaan pada bulan Mei 2010 :

Keterangan Belanjawan (RM)
Emolumen 3,962,791
Perkhidmatan dan bekalan 22,578,155
Aset 245,510
Pemberian dan berkenaan tetap 824,187
Perbelanjaan lain 246,551
Pembangunan 34,790
Jumlah keseluruhan 27,891,984

Mesyuarat ini diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada wakil ahli majlis iaitu Pengerusi JPP Zon Jenderam, Foo Weng Fui diikuti dengan pengerusi zon Pinggiran Putra, Haji Jaafar Pangkat.