Penduduk PJ serah memorandum bantahan Seksyen 52

Penduduk PJ serah memorandum bantahan Seksyen 52

Seramai 30 orang daripada Gabungan Persatuan Penduduk Petaling Jaya (Apac) mengadakan demonstrasi aman di perkarangan lobi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi.

P28-06-10_11.41

Seramai 30 orang daripada Gabungan Persatuan Penduduk Petaling Jaya (Apac)  mengadakan demonstrasi aman di perkarangan lobi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi.

Demonstrasi itu diadakan selepas bantahan mereka mengenai projek pembangunan lapan blok bangunan setinggi 27 tingkat di Seksyen 52 ditolak ketika menghadiri mesyuarat tertutup dibawah Local Agenda 21 pada 18 Jun lalu.

Malah, gabungan yang diterajui oleh Presiden Apac yang baru dilantik, Johan Tung Abdullah bersama mantan presiden itu, Liew Wei Beng  kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Roslan Sakiman kira 12.20 tengah hari tadi.

P28-06-10_11.44

Menurut Johan, bantahan yang dibuat bukan mencerminkan sikap penduduk yang menolak pembangunan sebaliknya hanya mahu pemaju lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan beberapa isu yang bakal timbul akibat kesan daripada projek berkenaan.

Justeru katanya, pihaknya mendesak MBPJ mengkaji semula cadangan dikemukakan pemaju projek berkenaan kerana mendakwa ia akan memberi impak negatif kepada penduduk sekitar yang bakal berdepan dengan masalah kesesakan trafik.

“Jika diluluskan, pembangunan ini akan memberi kesan buruk kepada kualiti hidup dan keselamatan penduduk bandar raya.

P16-06-10_17.00

“Ini kerana berdasarkan analisis daripada pakar yang dilantik ia akan menyumbang kepada kemalangan dan meningkatkan permintaan tempat meletak kenderaan di bahu jalan sekurang-kurangnya 6,000 kenderaan bersamaan dengan 40 kilometer (KM),” katanya.

Johan berkata ia akan memberi impak buruk kesan pembangunan juga, lebuh raya enam lorong dan jejambat terpaksa dibina merentasi kawasan penempatan yang aman iaitu di Jalan Templer dan Jalan Penchala dalam usaha mengawal penambahan trafik.

See also  PHC addresses cable car project approval concerns

Menurutnya, bantahan juga dibuat berikutan pemaju enggan menanggung kos pembinaan infrastruktur jalan akibat daripada pembangunan itu yang dianggar berjumlah RM106 juta.

Apac mewakili kira-kira 28 persatuan penduduk sekitar Petaling Jaya dengan populasi 600,000 penduduk.

Segelintir penduduk PJ sokong projek pembangunan

Semasa gabungan Apac memasuki  bangunan  MBPJ untuk menyerahkan memorandum bantahan  muncul sebahagian wakil penduduk Petaling Jaya mahu projek pembangunan diteruskan.

P28-06-10_11.46[1]

Memorandum sokongan  terhadap projek pembinaan Seksyen 52 dihantar oleh wakil penduduk S.T. Farn yang mewakili sebahagian penduduk Petaling Jaya.

Ia menggunakan kepala surat Persatuan Penduduk Pangsapuri SS8, Sungai Way ditandatangani oleh Setiausahanya Robayyah Mohd Ali.

Pada sidang media di luar perkarangan lobi MBPJ,  S.T. Farn  memberitahu, dalam kenyataan memorandum itu, mereka menentang sekeras-kerasnya kenyataan dikeluarkan Apac sebelum ini  bahawa mereka mewakili semua persatuan penduduk di PJ membantah pembinaan projek Seksyen 52.

P28-06-10_11.50[2]

Menurutnya, persatuan itu mendakwa mereka tidak pernah dijemput oleh Apac untuk menghadiri mana-mana mesyuarat untuk membincangkan projek ini.

Katanya lagi, mereka juga tidak mengetahui tentang apa-apa sesi perbincangan yang diadakan oleh Apac dan beberapa persatuan penduduk dihubungi juga turut menyatakan perkara yang sama.

P28-06-10_11.42

“Oleh demikian, mana-mana pihak yang membantah projek ini haruslah membantah di peringkat Rancangan Tempatan bukan pada masa sekarang.

Kalau dibiarkan perkara sedemikian terus menjadi, Bandaraya Petaling Jaya tidak akan menikmati sebarang pembangunan,” katanya.

P28-06-10_12.20

Sementara itu, Datuk Bandar, Mohamad Roslan Sakiman ditemui wartawan selepas menerima memorandum bantahan enggan memberikan sebarang komen.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Saya akan beritahu mengenai hasil keputusannya kelak, harap bersabar,”katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Edward Lee.

P16-06-10_17.01

Projek pembinaan melibatkan usahasama Puncak Wangi Sdn Bhd dan PKNS untuk membina satu blok pejabat 27 tingkat, 3 blok pejabat/institusi antara 22 hingga 27 tingkat, 2 blok hotel 22 tingkat, 2 blok servis apartmen 22 tingkat di atas 6 tingkat podium perniagaan/tempat letak kereta serta 4 1/2 tingkat bawah tanah tempat letak kereta di atas lot 8 dan 12.

Berikut merupakan kronologi  penyerahan memorandum


11.35 pagi – Penduduk membantah berkumpul di lobi MBPJ.

11.39 pagi – Penduduk membantah mengadakan demonstrasi aman diluar perkarangan lobi MBPJ.

11.42 pagi – Muncul wakil penduduk menyokong cadangan projek pembinaan menyerahkan memorandum.

11.45 pagi – Wakil penduduk menyokong mengadakan sidang media diluar perkarangan lobi MBPJ.

1150 pagi  – Berlaku pertelingkahan pendapat antara penduduk membantah dan penduduk bersetuju berhubung projek pembangunan.

12.00 tengah hari – Apac masuk ke dalam bangunan untuk menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar.

12.05 tengah hari – Wartawan dihalang oleh kakitangan MBPJ untuk mengikuti majlis penyerahan memorandum bantahan.

12.10 tengah hari – Wartawan dibenarkan masuk selepas berbincang dengan kakitangan MBPJ.

12.15 tengah hari – Apac mengadakan sidang media sambil menunggu Datuk Bandar di ruang tamu  untuk menyerahkan memorandum bantahan.

12.20 tengah hari – Apac menyerahkan memorandum bantahan kepada Datuk Bandar disaksikan oleh Adun Bukit Gasing, Edward Lee.

12.30 tengah hari- Penduduk bersurai.