Selangor Shines FAM Tour 2010

Selangor Shines FAM Tour 2010

Majalah Gaya Travel sekali lagi melancarkan Program Selangor Shines FAM Tour 2010 (SSFT 2010) dengan kerjasama kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelancongan Negeri Selangor bermula pada 25 Jun sehingga 29Jun 2010.

Program ini merupakan lanjutan daripada program Selangor Discovery Fam Tour yang telah diadakan pada 17 hingga 20 Julai 2009 dengan jayanya, oleh hal yang demikian kerajaan Negeri Selangor bertekad mengadakan lagi sekali program seumpama ini bagi mempromosi dan menaikkan lagi taraf pelancongan di negeri Selangor.

Program iniĀ  bertujuan untuk mengemaskini produk-produk pelancongan yang sedia ada seperti Pelancongan Desa Haji Dorani yang terkenal dalam kalangan penggemar program pelancongan desa pelancong dari luar negara.

SSFT 2010 juga dijadikan landasan untuk memperkenal produk-produk pelancongan terkini yang terdapat di negeri Selangor.

Antara produk pelancongan ialah pelancongan pendidikan contohnya Taman Sains yang terdapat di Universiti Putra Malaysia, pelancongan kesihatan di Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya, Pusat Konvensyen Bandar Shah Alam, termasuklah calet-calet dan hotel-hotel terkemuka di Selangor.

Program ini wajar dilihat sebagai satu usaha positif majalah Gaya Travel dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Selangor berserta sokongan daripada kerajaan negeri dalam merancakkan lagi industri pelancongan di Malaysia.

Penyertaan peserta Selangor Shines Fam Tour 2010 tidak terhad kepada media dan penggiat agensi pelancongan tempatan sahaja, malah di peringkat antarabangsa.

Para penggiat pelancong tempatan khususnya Selangor digalakkan membantu menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan bagi memupuk budaya melancong dalam negara terhadap semua lapisan masyarakat Malaysia.

Kerajaan Negeri Selangor berharap dapat menarik lebih ramai pelancong lagi dengan adanya aktiviti dan promosi yang telah dianjurkan oleh pihak majalah Gaya Travel bagi merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia.