Belia dipelawa mengikuti kursus kemahiran di Kuala Selangor

Belia dipelawa mengikuti kursus kemahiran di Kuala Selangor

Terdapat 10 kekosongan di Inpens, Kuala Selangor untuk belia-belia dari kawasan Parlimen Pandan bagi kursus-kursus untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:

  • Juruteknik Kenderaan Motor ( Automotif )
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Pelukis Pelan Mekanikal,
  • Penyejukbeku Dan Penyaman Udara
  • Pembuat Pakaian Wanita
  • Jurukecantikan Dan Juruestetik
  • Pendandan Rambut.

Butir-butir kursus

  • Jangkamasa kursus 6 bulan.
  • Bertempat di Inspens, berasrama penuh, percuma dan wang saku RM100 sebulan diberikan.
  • Pernah menduduki SPM dan berumur 17 tahun ke atas.
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan semua kaum.
  • Peluang melanjutkan pengajian selepas tamat.

Sekiranya berminat sila hubungi Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad di 019 298 9835 atau pusat khidmat Adun Chempaka di 03 9283 3835  sebelum 30 Jun 2010.

See also  Safeguarding children's privacy on social media