DBKL perlu kekalkan sebahagian penjara Pudu

DBKL perlu kekalkan sebahagian penjara Pudu

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun mencadangkan sebahagian daripada tembok Pudu dikekalkan.

(Pictures taken by members of the ‘Pudu Jail, Do You Remember?’ Facebook group)

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun akan memberikan cadangan kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail supaya mengekalkan sebahagian tembok dan pintu gerbang penjara Pudu untuk generasi akan datang.

fongkuilong

Beliau berkata,pengekalan sebahagian tembok dan pintu hadapan itu penting kerana ia bakal menjadi satu mercu kebanggaan kepada ibu kota Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut,beliau membangkitkan mengenai langkah memulihara warisan penjara Pudu untuk generasi akan datang di Dewan Rakyat tetapi tidak mendapat persetujuan daripada timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin, semalam.

“Sehubungan itu, saya juga akan berjumpa dan berbincang dengan pihak kementerian lain kerana kita dapati di Kuala Lumpur kurang bangunan bersejarah berusia lebih 100 tahun.

“Amat memalukan kalau tembok penjara Pudu dirobohkan. Sewajarnya tembok dan penjara pudu dipulihara kerana mempunyai senibina arkitektur unik dibina pada tahun 1895,”katanya kepada komunitikini.

Penjara Pudu ‘keras`

Difahamkan, penjara Pudu telah menyaksikan hukuman gantung sampai mati ke atas lebih kurang 180 penjenayah termasuk Botak Chin dan dua pengedar dadah berbangsa Australia iaitu Brian Chambers dan Kevin Barlows pada tahun 1993.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Penjara yang pernah dibuka kepada umum sekitar tahun 1997 sudah pasti meninggalkan sedikit sebanyak pelbagai kehidupan suka duka bekas banduan yang pernah tinggal di tapak dinding batu dipisahkan dengan dunia yang sebenar.

Komunitikini berkesempatan menemuramah salah seorang bekas banduan, Suharto Abd Wahab menceritakan serba sedikit pengalaman beliau pernah meringkuk dalam penjara pudu sekitar tahun 80-an kerana terlibat dengan kes dadah dan dipenjarakan selama 3 tahun dan 3 sebatan.

Menceritakan detik tersebut, katanya, pernah satu ketika sel penjara padat dan sesak kerana tidak mampu menampung seramai 8 orang banduan sekaligus.

“Sedangkan setiap satu sel itu mampu memuatkan 3 orang sahaja, jadi ia kelihatan seperti sardin,” katanya yang tidak mahu gambarnya diambil.

Menurutnya, sepanjang menjadi tahanan beliau hanya menghabiskan masa selama 2 tahun dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

“Semasa berada di sana, setiap bantuan sarat dengan aktiviti pertukangan kayu dan ada yang melukis mural,” jelasnya.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Katanya,sekiranya seseorang banduan itu menjalani hukuman gantung, sudah pasti semua banduan akan mengetahui perkara tersebut.

Menurutnya, kebiasaannya banduan beragama Islam akan dikenakan hukuman gantung pada hari Jumaat selepas Subuh manakala banduan beragama lain pula pada hari Rabu.

“Kebetulan saya bekerja di kedai makan berdekatan penjara ini. Bila saya melihat ada jentolak dan orang ramai mengerumuni tempat ini, saya terus tengok apa keadaan yang berlaku.

“Saya tak boleh nak kata apa bila melihat tembok bangunan ini runtuh. Sedih pun tak, suka pun tak. Malah saya akui penjara ini `keras` kerana bahagian yang mereka nak robohkan merupakan tempat banduan menjalankan hukuman gantung,”katanya

Tambahnya lagi, dahulu penjara ini pernah menganjurkan pameran kepada masyarakat luar tetapi ada perempuan dan kanak-kanak kecil yang disampuk selepas selesai melihat pameran tersebut.

“Mungkin pasal itu mereka cadang nak runtuh tembok penjara ini, tapi tak pastilah kalau cadangan mereka untuk bina kompleks membeli belah ini dapat sambutan atau tidak,” katanya dengan senyuman sinis.