Cadangan ganti nama jalan Tun Dr M disifatkan tidak praktikal?

Cadangan ganti nama jalan Tun Dr M disifatkan tidak praktikal?

Cadangan menukar nama jalan Ampang kepada Jalan Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan  pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

aaf77d28ad22c867c41cc649a01e134a

Ada antara mereka yang setuju dan ada yang memberikan pendapat sebaliknya berhubung cadangan dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu, semalam.

Bagi Misya Idris, 27 penduduk dari Taman Seri Ampang, beliau sama sekali tidak bersetuju cadangan menukarkan nama jalan Ampang kepada jalan Tun Dr Mahathir.

misya

Katanya, jalan Ampang adalah jalan Ampang, sekiranya mahu jalan tersebut ditukarkan kepada jalan Tun Dr Mahathir, lebih baik bina jalan baru.

“Saya sendiri yang menetap di Ampang sudah begitu sinonim dengan penduduk sekitar sejak dari dahulu lagi.

multidimid1327_2

“Lainlah kalau ada dua jalan Ampang sebagai contoh mereka akan membuat jalan baru  mungkin dari bulatan sama, cuma lebih dekat atau berbayar sekiranya mahu meletakkan nama jalan Tun Dr Mahatir, terpulanglah, itu menurut pendapat saya,”katanya kepada Komunitikini.

Malah, beliau turut mengambil contoh ada antara jalan yang ditukar nama mencemarkan serta memberi pandangan negatif kepada pelancong asing dan penduduk tempatan.

Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada kawasan atau jalan tersebut bersesuaian dengan nama tokoh.

Katanya, sebagai contoh seperti jalan Pinang dan jalan P Ramlee  dilihat tidak sesuai  dan tidak kena pada tempatnya.

pramlee

“Dahulu nama jalan tersebut dikenali sebagai jalan Parry sebelum ditukar kepada jalan P Ramlee.

“Apa yang mendukacitakan, di sepanjang jalan itu mempunyai deretan disko yang gah di ibu kota ini. Ia secara tidak langsung mencemarkan nama baik kerana  nama beliau diabadikan berdekatan tempat macam itu.

jalanprmalee2 jalan ampang

“Sedangkan beliau adalah seniman negara disanjungi setiap pelusuk negara, bagi saya ia sangat memalukan dan tidak wajar.

“Kalau betul nak abadikan jalan Tun Dr Mahathir sekalipun di jalan kat negara ini lebih baik abadikan di lebuh raya atau jalan yang ada di Putrajaya,”tegasnya.

zam izham

Sementara itu, Zam Izham Hamzah, 29, dari Keramat pula berkata cadangan tersebut tidak wajar dan hanya lebih bersifatkan pandangan politik peribadi semata-mata.

Beliau berkata berkata tidak ada gunanya menukar nama jalan sekiranya gejala maksiat berleluasa di sekitar jalan itu.

loronghajitaib

Sebagai contoh, katanya lagi, apa gunanya nama seperti Lorong Haji Taib sekiranya maksiat dibiarkan berleluasa.

“Saya tidak menolak bahawa cadangan itu bagus. tapi perlu dikaji baik buruk terlebih dahulu sebelum meletakkan nama tokoh atau seniman kerana bimbang menjatuhkan reputasi tokoh tersebut.

KLIA_MTB&Tower

“Tetapi saya sokong sekiranya cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar kepada Mahathir Hasmah International Airport (MHIA),”ujarnya.