Hari Pelarian bagi membela nasib yang teraniaya

Hari Pelarian bagi membela nasib yang teraniaya

Sempena Hari Pelarian sedunia, 20 Jun 2010, Pesuruhjaya Tinggi Pelarian (UNHCR) mengadakan sambutan dengan meriah berpusat di Kuala Lumpur Sentral selama dua hari berturut-turut.

IMG_0062

Sempena Hari Pelarian sedunia, 20 Jun 2010, Pesuruhjaya Tinggi Pelarian (UNHCR) mengadakan sambutan dengan meriah berpusat di Kuala Lumpur Sentral selama dua hari berturut-turut.

Sambutan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua rakyat mengenai nasib sebagai seorang pelarian yang menumpang di negara lain khususnya di Malaysia bertemakan “mereka boleh mengambil rumah saya, tetapi mereka tidak boleh merampas masa depan saya”.

Hari Pelarian ini disambut untuk memberi jaminan perlindungan dan pembelaan terhadap golongan ini dalam membina kehidupan baru di negara yang mereka duduki ini.

Di sini, UNCHR mengadakan pameran kehidupan sebagai seorang pelarian, dan juga gambaran liku-liku perjalanan bermulanya dari negara asal berhijrah ke negara lain.

IMG_0047 Gambar di atas merupakan contoh kehidupan pelarian dalam pameran tersebut sebagai gambaran kehidupan mereka di negara orang.

Pelarian yang dimaksudkan ialah migran yang berhijrah ke negara lain atas sebab keterpaksaan, iaitu golongan ini terpaksa meninggalkan negara akibat penganiayaan, konflik bersenjata dan isu-isu hak asasi manusia yang kompleks. Orang pelarian juga tidak dapat pulang ke negara asal dengan selamat.

See also  IPC celebrates Raya with "Bestnya Raya Stail Saya"

Golongan ini tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa tempatan, bahasa Melayu, dan tinggal berhimpit-himpit dalam satu rumah kecil iaitu kira-kira 40 orang dalam sebuah rumah demi hendak menampung hidup buat keluarga.

Nasib sebagai orang pelarian sangat tragik, melibatkan nyawa dan juga masa depan kehidupan mereka.

IMG_0083 IMG_0086

Mereka bagaikan hilang arah terpaksa meninggalkan negara sendiri dan mengemis di negara lain untuk mendapat pembelaan demi memperjuangkan sisa hidup.

Berdasarkan statistik, seramai 88,100 orang pelarian yang pemohon suaka yang berdaftar di UNCHR Malaysia pada akhir bulan Mei 2010.

Kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut adalah lelaki, dan 30% kaum wanita dan terdapat 19,000 orang kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

See also  Foodpanda celebrates Ramadan with delivery partners

UNCHR juga turut mempersembahkan persembahan tradisional, kira-kira 20 persembahan dari pihak komuniti pelarian ini sepanjang festival berlangsung.

Terdapat juga jualan barang kraf tangan dan makanan tradisional dari pihak komuniti untuk disalurkan pada tabung pelarian.

Situasi sebagai seorang pelarian susah hendak digambarkan dengan kata-kata, cukuplah sekadar berkongsi keperitan bersama dan memberi perlindungan serta membela hidup mereka yang teraniaya ini.

Difahamkan,di Malaysia tiada kem khusus untuk menempatkan golongan pelarian ini.

Mereka (pelarian) sentiasa menaruh harapan untuk pulang ke tanah air mereka.

Sambutan ini disambut dengan meriah dengan kunjungan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam yang berpusat di Kuala Lumpur Sentral ini.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan UNCHR, bolehlah menghantar emel kepada [email protected] atau hubungi talian 03-2141 1322.