‘Selamatkan Palestin’ kesinambungan kempen SMS untuk Gaza

‘Selamatkan Palestin’ kesinambungan kempen SMS untuk Gaza

Satu pameran ‘Selamatkan Palestin’ diadakan di Kuala Lumpur Sentral anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) sepanjang minggu ini bermula hari ini.

IMG_0018

Satu pameran ‘Selamatkan Palestin’ diadakan di Kuala Lumpur Sentral anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) sepanjang minggu ini bermula hari ini.

Pameran ini diadakan untuk mendapatkan sokongan semua rakyat Malaysia untuk kesedaran bersama mengenai kekejaman regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pameran Selamatkan Palestin ini dirasmikan oleh pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta mantan pengetua Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Norman Abdul Halim bersama artis-artis AF musim kelapan.

IMG_0004

Menurut Ahmad Zaki dalam ucapan perasmiannya, tapak pameran ini diadakan di Kuala Lumpur Sentral adalah kerana ia merupakan pusat pengangkutan utama di bandaraya Kuala Lumpur, iaitu kira-kira 130,000 orang setiap hari menggunakan pengangkutan di sini.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

Pameran Selamatkan Palestin ini adalah kesinambungan kepada kempen SMS untuk Gaza.

Ahmad Zaki berharap agar pameran ini mendapat sokongan padu daripada semua rakyat serta mengumpul SMS melalui kempen ‘SMS untuk Gaza’ sebagai tanda solidariti bersama warga Plestin di samping melakukan kutipan bagi Tabung Gaza.

“Difahamkan setakat ini sebanyak 40,000 SMS diterima setakat ini dan hasil kutipan SMS ini akan disalurkan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk disumbangkan ke Palestin,” tambahnya lagi.

Pameran ini akan berakhir pada hari Sabtu, 19 Jun 2010.

“Pameran ini akan diteruskan lagi dengan membuat siri jelajah dengan membuat kunjungan di semua institut pengajian tinggi awam dan juga swasta,” ujar Ahmad Zaki dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut.

Menurut Khairy Jamaludin dalam ucapannya, kerjasama daripada pihak artis AF adalah untuk memberi pengaruh kuasa undi SMS yang ditakluki oleh mereka dengan sama-sama mengundi SMS untuk Gaza.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

“Artis AF mempunyai pengaruh yang besar untuk menarik peminat mereka sama-sama menyokong kempen SMS ini untuk Gaza,” tambahnya lagi.

Khairy memberi jaminan kepada warga Palestin bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama untuk terus memberi sokongan terhadap rakyat Palestin atas kekejaman regim Zionis Israel.

IMG_0003

Pameran ini memaparkan sejarah penaklukan Israel di bumi Palestin, keadaan tragis yang berlaku di sana sekarang, gambar-gambar yang menyayat hati dan juga kempen tandatangan tanda sokongan turut diadakan.

Untuk memberi sokongan melalui SMS, anda bolehlah menaip Gaza dan hantar kepada 39928.Setiap SMS bernilai RM0.50 dan akan disumbangkan kepada Bantuan Kemanusiaan Gaza melalui Aman Malaysia dan Kerajaan Malaysia.