Hadiah utama lumayan tiada pemenang diumumkan

Hadiah utama lumayan tetapi tiada pemenang yang diumumkan menjadi kesangsian peserta, Arumugam Lee menghantar surat kepada Komunitikini mengenai hal ini.

Menurut Arumugam, dia telah menyertai satu peraduan iaitu anjuran syarikat 100Plus, ‘Cabaran RM1juta 100Plus’ pada tahun lepas.

Katanya lagi, peraduan tersebut menawarkan hadiah yang lumayan iaitu hadiah utama ialah RM1 juta, malangnya Arumugam tidak memenangi hadiah tersebut.

Walaubagaimanapun, Arumugam ingin mengetahui siapa pemenang yang bertuah memenangi hadiah lumayan itu.

Namun hal yang demikian, setelah ia mengenal pasti di semua bahan media tiada pengumuman dibuat untuk pemenang hadiah utama tersebut, ujarnya.

Tambahnya lagi, Arumugam juga telah melayari laman website rasmi pihak syarikat berkenaan untuk mengesahkan pemenang utama peraduan tersebut.

Terdapat senarai nama pemenang mingguan, namun begitu untuk pemenang utama hanya ditulis “akan diumumkan kemudian”.

Menurut Arumugam, tarikh tutup peraduan tersebut ialah pada hujung bulan Jun dan dalam website tersebut menyatakan pengumuman akan dibuat pada 15 Ogos, 2009 di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal.

Tegasnya lagi, hingga sekarang tiada apa-apa berita mengenai pengumuman pemenang yang dibuat.

Apa yang menyangsikan Arumugam, hadiah yang ditawarkan tersebut sangat lumayan malah syarikat yang menganjurkan peraduan ini juga mempunyai pasaran yang besar dalam negara ini.

“Banyak peraduan yang dianjurkan oleh pelbagai produk tetapi jarang hadiah utama ditawarkan kepada peserta,” terang Arumugam dalam suratnya.

Arumugam mengatakan penting bagi syarikat terbabit mengumumkan pemenang utama supaya para peserta mengetahui peraduan tersebut bukan satu penipuan dan tidak membuang masa peserta.

“Adakah kerajaan mempunyai peraturan dan undang-undang terhadap setiap peraduan yang dianjurkan seperti ini oleh mana-mana syarikat?” soalnya lagi.