Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem

Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem

Skrin Filem menampilkan 4 buah filem dari pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM.

Skrin Filem menampilkan 4 buah filem dari pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM dan diselang seli persembahan akustik daripada komuniti Frinjan.

Tarikh : 19 Jun 2010, Sabtu
Tempat : MAPKL, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur(belakang   Masjid Wilayah)
Masa : 1 tengahari – 11.30 malam
Masuk: Percuma, tetapi sumbangan digalakkan

Kotak Hitam adalah acara dianjurkan setiap bulan secara berkala atau tidak dengan kerjasama MAPKL di Solaris Dutamas.

Kotak Hitam mengambil  nama lokasi acara iaitu ‘Black Box’ sebuah tempat tertutup merupakan kesinambungan kepada Pekan Frinjan diadakan di tempat terbuka.

Program ini memberi penekanan kepada projek-projek kolaborasi bersama kumpulan-kumpulan seni lain dalam usaha merancakkan lagi ruang seni baru bertapak di negara ini.

Berikut antara sinopsis filem bakal ditayangkan :-

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

KALUT

kalut

Bertemakan tontonan ringan dan santai, filem berunsur komedi ini berkisar mengenai pemandu teksi, Selamat yang berdepan konflik rumah tangga kerana beristeri dua.

Isterinya, Bibi dan Mimi, masing-masing tidak tahu mereka dimadukan dan Selamat pula cuba sedaya upaya untuk merahsiakannya daripada pengetahuan mereka.

Pelbagai helah dilakukan Selamat bagi menutup rahsianya, namun akhirnya tembelang pecah hingga menimbulkan pergolakan sesama mereka.

Kekalutan mula berlaku apabila Selamat menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah, menyebabkan Bibi dan Mimi terpaksa membuat laporan polis untuk mencari Selamat.

Pelakon: Azhar Zainal, Ameera Dahlan,Fazleena Hishamuddin, Intan Qamarhani, Fasyali Fadzly & Zaidi Kamaruzaman
Pengarah : Faliq Sharif

AlONG & KAK LONG

along

Filem ini bermula dengan kisah peminjam ceti (Along) yang berjumpa dengan Kak Long untuk mengutip hutang.

See also  klpac 2024: Tributes & cultural delights await

Kak Long adalah seorang pemilik warung nasi lemak yang popular di Kuala Lumpur. Suami Kak Long, Datuk Jam telah melarikan diri dari Along setelah membuat pinjaman wang.

Beliau sangat mementingkan diri kerana membelanjakan wang yang dipinjam itu semata-mata untuk berhibur dan telah mengabaikan isterinya.

Sementara itu, Kak Long pula yang terpaksa berurusan dengan Along dan menjelaskan segala hutang yang dipinjam oleh Datuk Jam.

Pelakon: Azim Mohd Sharim, Mislina Mutaffa & Aidi Rahimi
Pengarah : Hisyamuddin Ahmad

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan setiap filem, sila hubungi:

Fariza Hishamuddin : 012 278 9352
Ahmad Shafiq : 012-9383427
Beeha: 019 368 5519
Farhan Azahan: 013 299 0192

atau email:-  [email protected]