Syabas: Operasi potong bekalan air bil tertunggak

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melancarkan operasi memotong bekalan air bagi sesiapa yang masih belum menjelaskan bil yang tertunggak mulai Rabu ini.

Kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Gombak, dan Hulu Langat.

Selain bekalan air dipotong, pengguna terbabit juga dikenakan caj RM50 bagi kos pemotongan selain dikenakan bayaran untuk penyambungan semula.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Sumber : Bernama