Kesilapan letak pemadam api punca sebenar kejadian

Kesilapan letak pemadam api punca sebenar kejadian

Pemadam api sepatutnya ditinggalkan berdekatan dengan pam, bukan dikunci dalam stesen seperti dilakukan pihak BHPetrol.

IMG_0007

Kesilapan meletak tempat pemadam api menjadi punca kesukaran saksi kejadian, Teo Chai Yong mendapatkan alatan tersebut.

Perkara ini disahkan oleh  pegawai bomba bahagian keselamatan kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tiong Ling Hii ketika dihubungi Komunitikini mengenai syarat untuk meletakkan pemadam api di stesen minyak.

“Setiap stesen pam minyak wajib meletakkan pemadam api di setiap pam minyak yang ada dalam stesen iaitu di setiap penjuru stesen,” katanya.

Tinjauan Komunitikini bersama  saksi kejadian, Teo yang menunjukkan lokasi stesen BHPetrol sebenar di mana beliau meminta dua orang staff stesen terbabit menggunakan pemadam api untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang berlaku di jalan Cheras baru-baru ini.

Ketika tinjauan Komunitikini di stesen BHPetrol tersebut, sebanyak empat pemadam api yang diletakkan di luar pintu kedai oleh pengurusan stesen.

IMG_0008

Menurut Teo, pada malam kejadian pemadam api tersebut tidak berada di luar kedai, oleh hal yang demikian Teo meminta kebenaran untuk menggunakan pemadam api yang terdapat dalam kedai stesen berkenaan.

Ujarnya lagi, Teo berpakaian ringkas pada malam tersebut iaitu seluar pendek dan t-shirt, sama lebih kurang pemakaiannya  ketika bertemu dengan Komunitikini.

IMG_0013

Kata Teo, kejadian tersebut merupakan satu pengajaran dan peringatan bahawa kegunaan pemadam api sangat penting ketika dalam kecemasan sebegini.

Tambahnya lagi, jikalau tindakan dua orang staff  BHPetrol tersebut tidak salah, Teo mencabar pihak BHPetrol untuk tampil membuat kenyataan kepada pihak media atas tindakan yang dilakukannya itu adalah salah.

Menurutnya, setiap kelakuannya pada malam tersebut direkod dalam CCTV stesen berikut malah staff berkenaan menulis nombor pendaftaran kereta Teo untuk melaporkan kepada pihak polis atas tindak-tanduknya ketika itu.

notis dari pihak BHP

Seterusnya, ketika Komunitikini hendak menemubual staff di stesen BHPetrol berikut, staff di situ sudah meletakkan notis pemberitahuan seperti yang berikut: “Harap maaf..sebarang maklumat sila hubungi nombor yang berikut.”

Sebarang pertanyaan yang diajukan oleh Komunitikini hanya dijawab: “Saya tidak boleh beri apa-apa komen, terima kasih.”