20 struktur pemancar peralatan telekomunikasi diroboh

DSC_2687

Berikutan bantahan penduduk ke atas pemasangan struktur sistem pemancar dan peralatan telekomunikasi di atas bangunan rumah kedai 2 tingkat sedia ada di jalan SS3/41 Petaling Jaya.

Sebanyak 20 struktur pemancar dan peralatan telekomunikasi di atas bangunan rumah kedai dirobohkan pagi tadi.

Ketika serbuan dilakukan ke atas bangunan tersebut kira-kira jam 10.30 pagi, Komunitikini mendapati pemilik sudah menurunkan sebahagian struktur pemancar dan peralatan komunikasi.

P09-06-10_10.49[1]

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San ketika ditemui berkata, notis meroboh dikeluarkan pada 17 Mac lalu kepada pemilik struktur dan pemilik bangunan setelah mendapati permit tamat tempoh.

Menurutnya,bagaimanapun, keputusan perbincangan rayuan ditolak setelah rayuan penangguhan kehendak notis diterima 31 Mac lalu.

“Pada sesi perbincangan surat rayuan melanjutkan tempoh notis roboh bersama kakitangan unit permit sementara dipengerusikan oleh beliau dan dihadiri ahli majlis, Tiew Way Keng, surat penolakan rayuan dikeluarkan 1 Jun.

“Mesyuarat koordinasi meroboh bersama jabatan dalaman majlis dan agensi luar terlibat diadakan pada 3 Jun lalu mengambil ketetapan operasi meroboh  diadakan pada hari ini,”katanya.

P09-06-10_10.46

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria berkata,siasatan ke atas aduan  dijalankan dan laporan lengkap siasatan disediakan  oleh juruteknik bangunan kanak Jabatan Kawalan Bangunan MPBJ.

Menurutnya, dalam operasi kali ini sebanyak 20 tiang struktur diturunkan berbanding tahun lalu.

Jelasnya, ia merupakan operasi kali pertama dilakukan oleh anggota penguatkuasa pada tahun ini setelah menerima aduan daripada penduduk.

“Tiada kompaun dikenakan ke atas pemilik struktur dan bangunan tersebut.

“Pemilik bertindak menurunkan struktur pemancar dan peralatan telekomunikasi di atas bangunan tersebut sementara sepasukan anggota penguatkuasa MBPJ bersiap sedia sekiranya struktur tidak diturunkan,” katanya.

P09-06-10_10.47

Butiran struktur

No. 20 Jalan SS3/41, Petaling Jaya
Pemilik Packet One Networks (M) Sdn Bhd
-Jenis wall mounted boom dan peralatan luaran
-permit tamat tempoh 2008/ permohonan baru mematuhi garis panduan

No.22 Jalan SS3/41, Petaling Jaya
Pemilik U Mobile Sdn Bhd
-Jenis wall mounted boom dan peralatan luaran
-Tiada permohonan direkodkan
-Mematuhi garis panduan

No 24, Jalan SS3/41, Petaling Jaya
Pemilik Digi Telecomunication Sdn Bhd
-Jenis wall mounted boom dan peralatan luaran
-Permit tamat tempoh 2009
-Program pemutihan/mematuhi garis panduan

No 26, Jalan SS3/41, Petaling Jaya
Pemilik Maxis Communication Bhd
-Jenis wall mounted boom dan peralatan luaran
-Permit tamat tempoh 2009
-Program pemutihan/mematuhi garis panduan