Rumah simpanan ubat batuk diserbu, doktor antara ditahan

Rumah simpanan ubat batuk diserbu, doktor antara ditahan

P08-06-10_14.49

Serbuan Polis Selangor di sebuah rumah teres di Taman Sungai Kapar Indah, Klang dekat sini berjaya menemui 23 botol (4 liter) dan 144 botol (120ml) berisi cecair disyaki kodein.

Kegiatan itu terbongkar dengan tertangkapnya seorang lelaki  berketurunan India berumur 38 tahun diberkas hasil maklumat orang awam pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata  siasatan mendapati lelaki tersebut merupakan kakitangan salah sebuah syarikat telekomunikasi.

P08-06-10_14.56[1]

“Kita percaya ubat batuk berkenaan untuk penagih-penagih di sekitar Lembah Klang di mana nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM65,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat siasatan ke atas lelaki tersebut pada hari yang sama.

P08-06-10_14.58

Nordin menambah, polis turut melakukan serbuan di sebuah rumah di taman tersebut dan menemui 900 tablet domicum, 6,000 tablet nospon, 8,000 tablet pseudorine, 500 tablet  suncodeine, 280 tablet stilnox, 24 botol (4 liter) mengandungi cecair hitam sebanyak 24 liter dan beberapa pil pelbagai jenis turut dirampas.

Katanya, lelaki berbangsa Sikh berumur 49 tahun telah diberkas bekerja sebagai doktor di sebuah klinik swasta.

Ujarnya, siasatan mendapati doktor yang ditangkap masih ada  kes di mahkamah kerana menjual ubat kepada yang tidak berkenaan.

“Semua ubat yang dirampas boleh didapati melalui agen yang ada di dalam negara dan sebagai seorang doktor, tidak memerlukan sebarang dokumen lain atau prosedur tertentu untuk menyimpannya di rumah,”katanya.

Jelasnya, untuk makluman, klinik atau farmasi swasta tidak  mengeluarkan kodien kepada orang awam.

Katanya, serbuan dilakukan berdasarkan  maklumat yang diterima lebih daripada 6 bulan.

 Beliau berkata, siasatan mendapati harga pasaran ubat batuk berkapasiti 4 liter berharga RM550 hingga RM600.

“Suspek ditahan reman selama dua minggu dari tarikh ditangkap  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

P08-06-10_15.08

“Modus operandi doktor itu ialah mencampurkan tablet suncodin, pseudorine dan nospon ke dalam prometzine untuk membuatkan ubat batuk terlarang (khayal),”katanya.