Larangan beg plastik terpakai ‘untuk mengelak kecurian’

Larangan beg plastik terpakai ‘untuk mengelak kecurian’

Pihak pengurusan Mydin Mart Shah Alam tetap dengan pendirian tidak membenarkan pengunjung membawa plastik beg terpakai pada hari Sabtu.

Pihak pengurusan Mydin Mart  Shah Alam tetap dengan pendirian tidak membenarkan pengunjung membawa beg plastik terpakai pada hari Sabtu.

Pengurus Cawangan Mydin Mart Seksyen 18, Sevam berkata, larangan itu termasuk dalam prosedur syarikat kerana sebelum ini pernah berlaku kes kecurian di dalam premis tersebut.

Menurutnya,bagi mengatasi masalah itu, pihaknya menyediakan beg plastik secara percuma kepada pengunjung tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

“Pada masa yang sama, kami turut menyediakan kaunter khas kepada pelanggan untuk menyimpan beg plastik terpakai,” katanya ketika dihubungi Komunitikini, petang tadi.

Ditanya sama ada syarikat tersebut cuba menentang pelaksanaan kempen hari tanpa beg plastik, beliau menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya pihaknya menyokong penuh usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

“Saya berharap pelanggan menerima peraturan ini kerana mendapati ramai pengunjung yang keliru dengan prosedur yang ditetapkan syarikat.

“Pengunjung bebas untuk membeli belah menggunakan beg plastik  yang kami sediakan secara percuma.

Selepas membayar barangan mereka boleh menggunakan beg plastik yang disimpan di luar kaunter, tujuan  kami bagi memastikan tidak akan berlaku kes kecurian di premis ini,”katanya.