Majlis penyerahan kenderaan Mini Tower Wagon TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengadakan majlis penyerahan kenderaan Mini Tower Wagon pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 4 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan Lobi Wisma TNB Jalan Timur, Petaling Jaya

Kenderaan Mini Tower Wagon ini adalah untuk digunapakai oleh Pasukan Kerosakan TNB Petaling Jaya bagi membaiki kerosakan seperti menggantikan fius terbakar dan insulated piercing connector, membaiki dawai servis putus dan lain-lain lagi.

Tempat meletak kenderaan di Wisma TNB Jalan Timur adalah terhad, pengguna kenderaan dinasihatkan meletakkan kenderaan di tempat berikut :-
*Tasik Taman Jaya
*Amcorp Mall

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Nor Hanim Idris 019-2617617 atau Arziril Alim Azizi di talian 019-2686630.