Rakan muda anjur program hari puisi dan lagu 19 Jun

Rakan muda anjur program hari puisi dan lagu 19 Jun

Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kaki Teater Muda Putrajaya menganjurkan hari puisi dan lagu `Esok untuk Siapa?`.

Program ini merupakan kesinambungan dari penganjuran aktiviti `Malam Puisi & Lagu : Andai Ada hari Esok` yang telah berjaya dianjurkan pada 21 Mac lalu.

Nantikan pemuisi-pemuisi yang hebat, ‘rare’, jarang ditemui dan aktivis penggiat teater tanah-air seperti Eddy Aizad, Shahriza Mahmud, Fynn Jamal, Tri, Erma Fatimah, Noraniza Idris, Yusrika Bahar, Acid Hadi, Kapasitors, Paradoks dan ramai lagi.

Juga luahan emosi melalui seni visual oleh Pixel Playground, Baju Koya, Kaki Teater Muda Putrajaya dan ramai lagi.

Bagi penonton yang berminat untuk menghadiri program ini diharap dapat memberikan sumbangan minimum sebanyak RM5.00 dan ke atas.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Sumbangan ini sebagai tanda memberikan sokongan serta menghargai usaha dan semangat keberanian anak-anak muda ini.

Sehubungan itu, marilah hadir memberikan sokongan dan berganding tangan menulis dan melaungkan kutukan ‘Nota untuk Israel’

Tarikh : 19 Jun 2010
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Galeri, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Tema : Hitam, Putih & Merah
Konsep : Santai & Kasual

Sebarang pertanyaan sila layari laman portal:

http://kakiteaterputrajaya.blogspot.com http://yusrikabinbahar.blogspot.com

Atau menghubungi nombor telefon seperti yang tertera dibawah.

Ann, Yusrika 03-88713725, 03-88713608,

Yus 012-7052504, Bob 017-3060543, AB 012-6194279,  Nadia 017-3017549