Kerajaan digesa tubuh pasukan khas pantau kafe siber,pusat snuker

Kerajaan digesa tubuh pasukan khas pantau kafe siber,pusat snuker

Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) menggesa kerajaan menubuhkan satu pasukan khas komuniti bertindak memantau premis kafe siber dan pusat snuker di negara ini.

P30-05-10_17.43

Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa)  menggesa kerajaan menubuhkan satu pasukan khas komuniti bertindak memantau premis kafe siber dan pusat snuker di negara ini.

Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata pasukan khas komuniti ini akan memantau serta melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis kafe siber dan pusat snuker menjalankan aktiviti perjudian berdasarkan aduan yang diterima daripada masyarakat.

getdata

Menurutnya, apa yang paling penting setiap ahli yang dilantik tidak memegang jawatan tinggi serta mempunyai kepentingan dalam mana-mana parti politik.

“Ia merupakan syarat utama dalam pemilihan bagi mengelakkan individu menggangotai pasukan khas komuniti ini terdedah kepada unsur penyelewengan seperti kebocoran maklumat dan gejala rasuah,”katanya ketika dihubungi Komunitikini, pagi tadi

Mengulas lanjut, ujarnya, ia merupakan pandangan peribadi beliau  dalam usaha menangani isu premis kafe siber dan pusat snuker judi sukar dibendung di negara ini.

Menurutnya,  Cassa banyak menerima aduan dan rungutan daripada  ibu bapa dan masyarakat  kesal dengan  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  tidak begitu proaktif menangani premis kafe siber dan pusat snuker menjadi tumpuan golongan remaja.

DSC000631

“Walaupun anggota penguatkuasa PBT mengadakan operasi membanteras premis kafe siber dan pusat snuker judi, ia hanyalah untuk mengaburi mata kasar masyarakat.

“Selang beberapa hari premis tersebut akan beroperasi seperti biasa seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku,”katanya.

Jacob berkata, dengan adanya pasukan bersifat `telus` ini sudah pastinya pemimpin dan masyarakat di peringkat akar umbi akan memandang tinggi usaha kerajaan menangani isu tersebut.

Cadangan premis kafe siber dan pusat snuker diktiraf

Bagi memastikan premis kafe siber dan pusat snuker dipantau sepenuhnya, beliau mencadangkan kepada kerajaan mengeluarkan sijil khas  kepada pengusaha yang mematuhi larangan judi  dipamerkan di hadapan pintu masuk.

“Saya percaya sekiranya pendekatan ini digunapakai, ibu bapa tidak perlu risau mengenai keselamatan anak-anak mereka sekali gus mempermudahkan anggota penguatkuasa memantau setiap operasi premis kafe siber dan pusat snuker secara terperinci.

“Cassa tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan mana-mana pengusaha premis kafe siber dan pusat snuker menjalankan aktiviti perjudian di negara ini,’tegasnya.