KD Junior World Cup 2010

KDFC Sports & Management dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara akan menganjurkan KD Junior World Cup 2010 pada 17, 18, 24 dan 25 Julai depan.

Pengurus kejohanan, Norizan Johar berkata, penyertaan terbuka khas untuk remaja bawah umur 11 tahun.

Menurutnya, tujuan utama diadakan kejohanan itu adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mencungkil bakat baru dalam dalam arena bola sepak negara.

Katanya, bayaran pendaftaran bagi setiap pasukan adalah RM350 untuk 18 pemain dan dua pegawai serta penyertaan hanya terhad kepada 32 pasukan.

“Kejohanan ini akan menggunakan format Piala Dunia dan akan berlangsung di Padang Ria Seksyen 7 Kota Damansara,” katanya.

Juara hingga tempat kelapan akan menerima hadiah wang tunai dan medal serta barangan sumbangan penaja.

Tarikh tutup penyertaan pada 4 Julai 2010 dan sebarang pertanyaan lanjut hubungi 014-2299526, 017-3036563, 017-2443782 dan 012-3976053.