Penantian 7 tahun penduduk setinggan rumah panjang berakhir

Penantian 7 tahun penduduk setinggan rumah panjang berakhir

Penduduk rumah panjang PJS 1 boleh bernafas lega setelah mencapai persefehaman tentang tuntutan dan penempatan baru.

P31-05-10_11.38

Setelah  hampir 7 tahun penduduk rumah panjang PJS1 terpaksa menanggung kesengsaraan melalui kehidupan daif dalam kawasan perumahan setinggan.

Kini mereka boleh menarik nafas lega apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri memberi jaminan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk daripada terus berlanjutan sekali gus memenuhi permintaan  berhubung isu pampasan dan penempatan semula.

P31-05-10_10.49

Dalam satu perjumpaan wakil PBT dan penduduk pada  majlis penyampaian cek bantuan subsidi sewa rumah serta surat tawaran rumah kos rendah  di dewan serbaguna PJS1/35 pagi tadi, kedua – dua pihak  telah mencapai kata sepakat dalam suasana  harmoni tanpa  timbul sebarang kekecohan berbanding  perjumpaan sebelum ini.

P31-05-10_11.28[1]

Wakil penduduk rumah panjang PJS1, S Velan, 32, ketika ditemui berkata, walaupun penduduk bersetuju untuk menerima tawaran saguhati   namun masih ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius pihak  PBT dan kerajaan negeri.

Menurutnya, penduduk serik kerana sebelum ini pemaju yang dipertanggungjawabkan untuk membina rumah kos rendah lesap begitu sahaja.

“Sudah tiga kali kami terpaksa berpindah, penduduk mahu surat perjanjian hitam putih pembinaan rumah kos rendah siap dalam tempoh dua tahun daripada pihak berwajib.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Sekiranya pemaju gagal menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan, pihak berwajib harus menanggung kos tersebut, bukannya kami,”tegasnya.

Selain itu, S.Velan berkata, penduduk mahu pihak berwajib menanggung bayaran caj kadar faedah dikenakan oleh pihak bank sepanjang tempoh pembinaan rumah tersebut.

“Sekiranya rumah tersebut mengambil tempoh lama dari tempoh yang diberikan,kami tidak mahu membayar caj tersebut.

“Sekiranya pihak berwajib bersetuju dengan permintaan kami, barulah kami akan berpindah dari kawasan tersebut,” katanya.

P31-05-10_11.19

Sementara itu, Penolong Pengarah Perancangan Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Bakri Salleh ketika ditemui berkata, kerajaan negeri  bersetuju memberikan peruntukan sejumlah RM14,285 kepada setiap sebuah  keluarga.

Menurutnya, penduduk akan menerima wang saguhati sebanyak RM500 dan RM2,285 untuk sewa rumah selama 24 bulan di mana anggaran peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM500,000.

“Kami bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada penduduk menerusi  perbincangan  antara PBT dan kerajaan negeri pada 20 Mei lalu, “katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Mengulas mengenai tempoh pembinaan rumah tersebut, Mohd Bakri berkata, kerajaan negeri memberi jaminan kepada penduduk  bahawa pembinaan rumah kos rendah akan siap dalam tempoh ditetapkan.

Kita sudah berbincang dengan pemaju perumahan yang dilantik, untuk rekod sebelum ini, ada projek perumahan telah siap dibina dalam tempoh 18 bulan, lebih cepat berbanding dari jangka masa yang telah ditetapkan.

P31-05-10_11.44

“Kami akan memantau kerja-kerja  pembinaan perumahan kos rendah ini  dari semasa ke semasa untuk mengelakkan timbulnya masalah seperti kelewatan dan sebagainya,”katanya.

Ditanya mengenai bayaran caj kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank, ujarnya  kerajaan negeri dan lembaga perumahan akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan pihak bank bagi meringankan beban penduduk.

“Ttidak wajar sekiranya penduduk dikenakan caj tambahan, kami akan mengadakan perjumpaan dengan wakil penduduk dalam tempoh terdekat setelah mendapat keputusan hasil daripada perbincangan dengan kerajaan negeri,”katanya.