Persatuan penduduk daerah Petaling Jaya sambut baik penganjuran Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010

Persatuan penduduk daerah Petaling Jaya sambut baik penganjuran Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010

Beberapa pengerusi persatuan kejiranan daerah Petaling Jaya menyambut baik langkah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010.

Mereka ditemui Komunitikini semasa menghadiri Majlis Pelancaran dan Bengkel Anugerah Perdana Inisiatif Komuniti Mampan Petaling Jaya 2009/2010 di Ibu Pejabat MBPJ, baru-baru ini.

Presiden Penduduk Seksyen 5 Petaling Jaya, Johan Tung Abdullah berkata, anugerah yang diperkenalkan sedikit sebanyak memberi impak besar kepada komuniti melibatkan kawasan kejiranan dalam aspek menjaga kebersihan.

Menurutnya, sesi soal jawab bersama panel hakim dan pengalaman peserta memenangi anugerah ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman dan kapasiti organisasi penduduk menyertai anugerah ini.

“Ini merupakan kali pertama kali kami menyertai sejak diadakan 7 tahun lalu dan berharap dapat merangkul anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini,”katanya.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

Sementara itu Rukun Tetangga SS 20 Damansara Utama, Andrew Chong menyifatkan anugerah ini sewajarnya dilaksanakan di setiap daerah.

“Secara tidak langsung dapat mendidik penduduk menghargai alam sekitar dan menanamkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat,”katanya pernah menjadi naib johan bagi pemenang anugerah kejiranan tahun lepas.

Difahamkan johan bagi pertandingan anugerah akan menerima Geran Pembangunan berjumlah RM50,000 serta Piala Iringan Datuk Bandar dan sijil penyertaan.

Selain itu, pertandingan ini juga menawarkan RM10,000 kepada 5 anugerah merit bagi kategori integrasi sosial, kejiranan hijau, kejiranan selamat, tadbir urus dan keusahawanan.

MBPJ juga memberikan memperuntukkan RM1,000 sebagai galakan dan motivasi kepada setiap organisasi yang menyertai anugerah sebagai kos perbelanjaan menyediakan dokumentasi.

See also  Volunteers unite for largest Earth Day cleanup in Penang

Info Pemenang Anugerah Kejiranan Terbaik Petaling Jaya 2008/2009

Johan
Datuk Yew Cheng Hoe (DJROA)

Naib Johan
Andrew Chong (Rukun Tetangga SS21)

Tempat Ketiga
Kumar (RT Flat PJS 1)

Merit
RT Flat Taman Dato Harun PJS 2
Persatuan Penduduk Desa Mentari PJS 6