Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010 tawar RM50,000 pada pemenang

Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010 tawar RM50,000 pada pemenang

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Pertandingan Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2010 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada penduduk daerah Petaling Jaya.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata tujuan anugerah ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti mampan demi menambahbaik kualiti alam sekitar dan integrasi sosial seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan `Memperkukuhkan Semangat kejiranan`.

Roslan (tengah) bersama  panel hakim dan pengerusi penduduk di majlis tersebut

Menurutnya,  johan bakal membawa pulang geran pembangunan berjumlah RM50,000 serta piala iringan Datuk Bandar dan sijil penyertaan.

“Selain itu, pertandingan ini juga menawarkan RM10,000 kepada 5 anugerah merit bagi kategori integrasi sosial, kejiranan hijau, kejiranan selamat, tadbir urus dan keusahawanan.

See also  PHC addresses cable car project approval concerns

“MBPJ turut memberikan memperuntukkan RM1,000 sebagai galakan dan motivasi kepada setiap organisasi yang menyertai anugerah sebagai kos perbelanjaan menyediakan dokumentasi.

Antara sebahagian pengerusi persatuan penduduk  dan orang ramai yang hadir

“Sejumlah RM454,350 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Local Agenda 21 Petaling Jaya pada tahun ini di mana daripada  jumlah keseluruhan, sebanyak RM189,350  disalurkan kepada Anugerah Perdana Komuniti Mampan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Bengkel Anugerah Perdana Inisiatif Komuniti Mampan Petaling Jaya 2009/2010 di Ibu Pejabat MBPJ, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Malaysian Business Council For Sustainable Development, Datuk Ghazali Yusof dan Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datin Paduka Dr. Halimatun Saadiah Hashim.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Khairul Nisa Haron berkata, anugerah Perdana Komuniti Mampan Petaling Jaya menggantikan Anugerah Kejiranan mula diperkenalkan 7 tahun lalu.

Menurutnya, pengubahan ini adalah selaras dengan ulang tahun ke 10 pelaksanaan Local Agenda 21 Petaling Jaya.

“Anugerah ini terbuka kepada persatuan penduduk, rukun tetangga dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung di kawasan MBPJ.

“Ia sekaligus memberikan pengiktirafan kepada organisasi penduduk yang cemerlang dalam melaksanakan inisiatif komuniti mampan di samping penambahbaikan kualiti alam persekitaran dan integrasi sosial,” katanya.