Pertandingan Freedom Film Fest 2010 kembali lagi

Pertandingan Freedom Film Fest 2010 kembali lagi

Peserta hanya perlu menulis kertas cadangan filem (2 – 3 muka surat) mengenai apa jua isu sosial dan hak asasi manusia yang menarik minat anda.

Tiga kertas cadangan terbaik akan menerima geran RM6,000 dan bantuan daripada KOMAS untuk menerbitkan filem tersebut.

Tayangan perdana filem-filem pemenang juga akan diadakan semasa FreedomFilmFest2010 pada bulan November 2010.

BUTIR-BUTIR PENYERTAAN:

KELAYAKAN

Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas (jika anda berusia kurang daripada 18 tahun penyertaan anda mesti dihantar bawah nama seorang penjaga yang akan bertanggungjawab berhubung dan bekerjasama dengan KOMAS dalam semua urusan pentadbiran dan undang-undang).

TEMA
Mana-mana isu sosial dan hak asasi manusia di Malaysia.

See also  Resorts World Genting unveils early Raya extravaganza

FORMAT VIDEO
Dokumentari / Dokudrama / Animasi / Grafik.

TEMPOH MASA VIDEO
15 – 30 min.

BAHASA VIDEO
Sebarang bahasa pertuturan di Malaysia tetapi mesti diiringi sarikata Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.

TARIKH TUTUP
17 / 5 / 2010.

PANDUAN KERTAS CADANGAN

http://freedomfilmfest.komas.org/?cat=53

BORANG PENYERTAAN

http://freedomfilmfest.komas.org/wp-content/uploads/2010/03/FFF2010_FormBorang.doc

PERTANYAAN
E-mel: [email protected]
Tel: 03-79685415 (Sarah)

Untuk menontoni filem FreedomFilmFest yang lepas dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila layari HTTP://FREEDOMFILMFEST.KOMAS.ORG