Kolam renang awam dinaiktaraf RM4.2 juta

Kolam renang awam dinaiktaraf RM4.2 juta

Kelab Syabas yang dahulunya begitu popular serta menjadi tumpuan utama aktiviti rekreasi keluarga sekitar tahun 80-an bakal berubah wajah apabila kolam renang awam itu dinaiktaraf dengan anggaran kos penyelenggaran sebanyak RM4.2 juta.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)  memberi kepercayaan kepada Sepang Mekar Sdn Bhd melaksanakan kerja penyelenggaran dan menaik taraf bangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember ini.

Apabila siap sepenuhnya, kolam renang tersebut akan dikenali sebagai PJ Palms Sport Centre bagi menggantikan nama Kelab Syabas.

Kolam renang awam tersebut akan dipantau sepenuhnya oleh MBPJ dijangka menjadi tumpuan utama komuniti setempat khususnya penduduk daerah Petaling Jaya untuk bersukan dan beriadah bersama keluarga.

Antara kemudahan infrastruktur yang ditawarkan kepada pengunjung  adalah gelanggang futsal, badminton, golf, skuasy, gimnasium dan restoran.

Selain itu, kolam renang awam ini turut dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar WiFi percuma kepada pengunjung.

See also  Kuching set to host inaugural international pickleball tournament

Majlis menandatangani Perjanjian (MoU) antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Sepang Mekar Sdn Bhd diadakan di Bilik Bunga Raya, Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ, tengahari tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, Timbalannya, Puasa Md. Taib serta wakil daripada Sepang Mekar, Seelan S. Chelliah dan ahli majlis MBPJ.

Sementara itu, tinjauan Komunitikini di dalam premis kolam renang awam tersebut mendapati hanya dua restoran yang masih lagi beroperasi iaitu waikiki Bar dan Out Of Africa Restaurant and Kudu Bar.

Difahamkan, kolam renang awam itu ditutup kepada orang ramai sejak 5 tahun lalu berikutan tiada penyelenggaran dilaksanakan  ke atas  kolam renang tersebut.

Salah seorang kakitangan awam, Abdul Halim Mohd Uzir, 27, ketika ditemui berkata, beliau menyambut baik usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menaik taraf kolam renang awam tersebut.

See also  New Balance empowers female runners at Nagoya Marathon

Menurutnya, sebelum ini kolam renang awam itu sering dikunjungi oleh penduduk tempatan khususnya ibu bapa bersama anak-anak untuk beriadah.

“Apa yang mendukacitakan, sejak beberapa tahun lalu, kolam renang awam ini terbiar serta tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan orang ramai  tidak lagi mengunjungi  tempat ini.

“Saya berharap sekiranya kolam renang awam ini siap, dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung termasuk pelancong asing menggunakan kemudahan awam ini,”katanya.