Adidas Pure Game Ole K.O Challenge

Adidas Pure Game Ole K.O Challenge

Atasi cabaran Adidas Pure Game Ole K.O Challenge dan menangi wang tunai serta hadiah berjumlah RM12,000.

Para peminat bola sepak di seluruh dunia  hangat menunggu permulaan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan selama 31 hari dan menjanjikan pertunjukkan sukan yang hebat. Berjuta – juta penonton akan bersatu untuk menyokong pasukan kegemaran mereka ketika menyaksikan perlawanan-perlawanan yang akan dilangsungkan di sepuluh stadium yang baru siap dibina.

Bagi memarakkan lagi demam Piala Dunia ini di Malaysia, StarAsia Malaysia akan mengadakan satu pertandingan Bola Sepak “Adidas Pure Game Ole K.O Challenge” yang berlangsung selama 5 hari di Mid Valley Megamall dari 19 Mei sehingga 23 Mei 2010.

“Adidas Pure Game Ole K.O. Challenge” ini adalah satu pertandingan Bola Sepak “one-on-one” yang dimainkan dalam rangka besi berbentuk sfera setinggi 18 kaki dan diameter 20 kaki.  Objektif permainan ini adalah untuk mendapatkan seberapa mata yang boleh dengan menendang bola melepasi tengah kaki pihak lawan atau dalam lain perkataan, “ole”.

Hadiah-hadiah tersebut yang akan menanti para pemenang ialah:

•    Hadiah Pertama – wang tunai sebanyak RM2,000, baucer apparel Adidas berjumlah RM1,000 dan satu bola Afrika Selatan 2010 edisi terhad bernilai RM399.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

•    Hadiah Kedua – wang tunai sebanyak RM1,000, baucer apparel Adidas berjumlah RM500 dan satu bola Afrika Selatan 2010 edisi terhad bernilai RM399.

•    Hadiah Ketiga – wang tunai sebanyak RM500, baucer apparel Adidas berjumlah RM200 dan satu bola Afrika Selatan 2010 edisi terhad bernilai RM399.

Untuk memenangi hadiah-hadiah hebat di atas, anda hanya perlu mendaftarkan penyertaan anda serta membuat bayaran RM30 sahaja dengan kru ‘Adidas Pure Game Ole K.O Challenge’ bermula dari 15 April sehingga 13 May 2010 di lokasi-lokasi berikut iaitu Universiti Malaya, Kolej SEGi, Universiti Multimedia, Kolej Damansara Utama, Kolej Bandar Utama, Kolej Metropolitan, Universiti Monash, Sports Planet Ampang, Sports Planet Subang Grand, Sports Barn dan REAL Sports Arena. Para peserta akan menerima satu set promosi Adidas Road to South Africa bernilai RM32.90.

Pendaftaran penyertaan juga akan diadakan di tapak pertandingan di Centre Court, MidValley Megamall pada 19 May 2010 dengan pembelian minima produk-produk Adidas Body Care sebanyak RM30.  Untuk mereka yang kurang arif dalam sukan bola sepak secara fizikal, kamu masih boleh menguji kemahiran anda dengan permainan Nintendo Wii untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari Adidas Body Care.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win

“‘Adidas Pure Game Ole K.O Challenge’ ini adalah satu pertandingan yang memberi tumpuan kepada bakat dan kemahiran dari segi refleks, kelincahan dan pengawalan bola.  Kami yakin pertandingan ini adalah satu aktiviti yang menarik untuk semua rakyat Malaysia terutama sekali untuk pelanggan-pelanggan Adidas Body Care yang juga peminat setia sukan bola sepak terutama sekali ketika demam bola sepak semakin membarak menjelang permulaan perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan,” kata En. Sam Wong, Pengurus Perkembangan Pemasaran, Star Asia (Malaysia) Sdn. Bhd.

Bergegaslah sekarang juga ke lokasi terdekat anda dan daftarkan diri untuk cabaran bola sepak jalanan ini dengan kru “Adidas Pure game Ole K.O Challenge” kami.  Untuk maklumat selanjutnya, sila emel ke [email protected] atau hubungi Shergar di 012-2746560.

“Adidas Pure Game Ole K.O Challenge” dipersembahkan oleh Adidas Active Body Care dan ditaja oleh Group36 Sdn Bhd.