Makanan dan tuisyen percuma untuk fakir miskin di Lembah Klang

Makanan dan tuisyen percuma untuk fakir miskin di Lembah Klang

 

Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung di Shah Alam sejak empat bulan lalu akan melebarkan sayap dengan membuka beberapa cawangan di sekitar Lembah klang.

Restoran yang beroperasi di Seksyen 16, Shah Alam, lebih dikenali sebagai Pusat Makan Percuma kepada golongan miskin bandar seperti ibu tunggal, peniaga kecil dan pekerja sambilan.

Pengurus operasinya, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 24, ketika ditemui berkata beliau dan ahli keluarganya bercadang untuk membuka beberapa tempat antaranya di sekitar Klang dan Puchong.

“Ia berikutan ada di antara pengunjung tidak berkemampuan dan warga emas yang sanggup datang dari jauh sekaligus menyukarkan mereka,”katanya ketika ditemui Komunitikini,  petang semalam.

Omar berkata, buat masa sekarang, kami mengadakan kelas tuisyen bahasa Inggeris secara percuma dan Bahasa Mandarin pada masa akan datang.

See also  Five Guys opens third outlet in Damansara Heights

Menurutnya, setakat ini 40 pelajar sekitar Shah Alam menghadiri kelas tuisyen di mana penyertaan yang diberikan begitu menggalakan.

Ditanya apa yang mendorong keluarganya membuka restoran, katanya, sebelum ini kami pernah melantik agen untuk menyampaikan barangan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Apa yang kami dapati, agen yang sepatutnya menyampaikan sumbangan kepada  tidak berbuat demikian,”katanya dalam nada kesal.

Ujarnya, oleh sebab demikian, restoran ini ditubuhkan bagi memudahkan pengunjung terutamanya golongan kurang berkemampuan untuk terus datang menikmati hidangan tanpa sebarang syarat.

“Kebanyakan tenaga pengajar merupakan sukarelawan di mana minimum kos perbelanjaan sebulan sebanyak RM30,000 diperuntukkan,”jelasnya.

Ditanya sama ada pertubuhan ini ditaja oleh pihak tertentu, jelas beliau, ramai yang keliru dengan nama pertubuhan ini kerana beranggapan ditaja oleh parti politik.

See also  Five Guys opens third outlet in Damansara Heights

“Idea untuk meletakkan nama 1 Malaysia memang sudah lama, untuk menarik pelbagai bangsa, itu adalah persepi mereka sahaja, malah pertubuhan ini tiada kaitan langsung dengan politik,”tegasnya.

Komunitikini difahamkan, penubuhan persatuan itu diasaskan oleh Mohamad Sauffi Hamzah seorang bekas pegawai Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bersungguh-sungguh ingin membantu golongan kurang berkemampuan.

Pusat yang beroperasi setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum mulai pukul 10.30 pagi hingga 6 petang, turut membantu keluarga miskin dengan memberikan sumbangan makanan seperti beras, gula, minyak dan telur.

Pada masa yang sama, pertubuhan berkenaan turut mengagihkan pakaian baru dan terpakai kepada mereka yang memerlukan.