Terminal bas baru dijangka beroperasi Mei ini

Terminal bas baru dijangka beroperasi Mei ini

Lebih 100,000 penduduk di Damansara Damai mendapat satu lagi kemudahan baru apabila terminal bas bernilai RM 1.9 juta yang dibangunkan Medan Prestasi Sdn Bhd dan akan mula beroperasi Mei ini.

Terminal Bas Wan’s Central dijangka akan menjadi laluan 27 perjalanan bas setiap hari merangkumi perjalanan sekitar Lembah Klang dan Petaling Jaya.

Antara kemudahan yang disediakan di terminal ini termasuklah surau dan 33 unit kedai mampu milik, tujuh petak parkir bas dan dua parkir bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).