Projek Mentari, fokus pendidikan kanak-kanak miskin

Projek Mentari, fokus pendidikan kanak-kanak miskin

Dalam usaha memupuk minat suka membaca, Pusat Pendidikan  Komuniti Desa Mentari atau Projek Mentari dilihat mampu melahirkan cendikiawan muda sekali gus memantapkan prestasi akademik pelajar sekolah rendah sekitar kawasan Desa Mentari.

Sehingga kini, Projek Mentari yang bermula sejak tiga tahun lalu itu, diwujudkan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia  berjaya menarik minat seramai 65 murid-murid sekolah rendah berusia dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun.

Setiausaha politiknya, Saifullah Zulkifli, berkata menerusi penganjuran ini, diharap dapat mewujudkan kemudahan tuisyen bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dalam usaha meningkatkan taraf kualiti hidup.

Menurutnya antara objektif  lain ialah membina keyakinan diri pelajar untuk bertutur dan berfikir.

See also  APU student's sustainable washroom design wins award

Ujarnya, selain itu, pusat tersebut menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta membantu mereka menyelesaikan kerja sekolah bagi matapelajaran sains serta kemahiran Matematik dan Bahasa Inggeris,”katanya

Bagi ibu bapa  di kawasan tersebut yang masih belum mendaftarkan anak-anak mereka perlu bolehlah mengunjungi  tingkat bawah pusat pembelajaran atau berjumpa dengan penyelaras program untuk mendapatkan maklumat lanjut,”ketika ditemui pada majlis pelancaran projek tersebut, semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, menggesa golongan ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka meneruskan persekolahan.

Menurutnya, pendidikan dan ilmu pengetahuan amat penting dan mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.

“Sehingga kini projek tersebut dibantu seramai 20 orang sukarelawan mengajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia,”katanya, hadir sama  Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24, Halimey Abu Bakar  dan penduduk sekitar.

See also  FBS and SUKA Society host English Children Camp in remote villages

Komunitikini difahamkan masa pembelajaran pada hari Sabtu bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang manakala pada hari Ahad pula 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Terdahulu, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh antaranya mengadakan lawatan ke Petrosains dan Aquarium di KLCC,  kem bahasa melibatkan Yayasan ATMAH, tayangan perdana Avatar  serta lukisan mural.